Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 24 Jun 2011

7 Golongan Bernaung di Bawah Arasy Allah

Khutbah jumaat yang ringkas... tapi padat dengan isi, yang boleh menyedarkan diri si pendengar.... Hari kiamat merupakan hari yang penuh dengan kedasyatan. saat itu manusia bangkit dari kubur masing-masing dengan keadaan bertelanjang tanpa surat benang. Dan pada saat itu, manusia tidak lagi menghiraukan tentang soal malu disebabkan bertelanjang, tetapi kerisauannya pada nasibnya.....nasibnya..... NASIB SAYA DAN ANDA.

Adakah aku ditempatkan di syurga atau neraka?????. Disaat itu,  ibu tidak menghiraukan anaknya, suami telah meninggalkan isterinya, anak tidak lagi menghiraukan ayah dan ibu, semuanya sibuk mencari jawapan akan nasib dirinya...

Pada waktu itu,.... ada yang bermandi peluh, berenang dalam peluhnya sendiri, ada yang lemas dalam peluhnya, tetapi,....... terdapat 7 Golongan Bernaung di Bawah Arasy Allah:

1) Pemerintah yang adil dalam kerajaannya.
2) Pemuda yang tidak pernah terlibat dengan kepincangan budaya masyarakatnya.
3) Orang yang sentiasa bergantungan hatinya dengan masjid. (di masjid)
4) Orang yang berkasih mesra untuk keredaan Allah, selalu bertemu dan berpisah untuk tujuan tersebut.
5) Orang yang dapat menyelamatkan dirinya daripada godaan nafsu jahat wanita cantik menawan lagi hartawan dan bangsawan kerana takutkan Allah s.w.t.
6) Orang yang tidak suka menghebohkan kebaikannya, dia berderma ikhlas kerana Allah, sehingga digambarkan tangan kirinya tidak sedar derma yang dihulurkan oleh tangan kanannya.
7) Orang yang sentiasa berjinak-jinak dengan mengingati Tuhannya, lalu berlinangan air matanya mengenangkan kehinaan diri dan kesalahannya berbanding kebesaran Tuhannya.

Bagaimana? golongan mana pilihan anda dan saya..... Wassalam..... Sekian.

2 ulasan :

KasutKaripap berkata...

saya mahu masuk golongan 7..

AKU berkata...

ilmu perlu dicari... cari Akhirat... akhirat dpt, dunia dpt.... dgn adanya ilmu bercambahlah iman... dan dimurnikan dgn takwa.... INSYALLAH....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...