Al-kisah, pepagi, datang member gua, seorang budak berkepala ilmu fizik datang mengejutkan gua yang sedang tidur lena di atas kamar dan bantal yang empuk.. "oooi.. lewat ni, cepat, Wacana ilmu ni start kul 10.30 pagi", jelasnya dengan sound sistem yang menyakitkan anak telinga.
Motosikal kapcai era 2020 dipandu dengan laju, hingga kecik kepala gua. Akhirnya sampai di tempat yang nak dituju. Dimana? di UKM.. Wacana ilmiah bermula... "Hari ni, perbicaraan tentang asal usul teori-teori dalam sains fizik, salah satunya teori Quantum, Aksiom dan fakta utamanya", jelas Prof. Dr. dari Asasi Sains. "Mak Aiiih, buat-buat faham je la", cetus hati gua sambil tangan gua membelek buku Khomeni Revolusi Iran dan Aqidah Syiah, salah satu buku kajian gua.
.............................................................................................................
.......................................................................................................................
Dalam menghuraikan teori tersebut, sebaris madah puisi yang akan dideklamasikan oleh tenaga pengajar, menerusi madah, hasil karya Dh Lawrence (seorang sarjana barat) , yang berbunyi:
Aku suka teori kenisbian dan teori Quantum,
sebab aku tak faham teori itu,
dan teori itu membutakan aku rasa seolah-olah ruang ini beranjak-anjak,
bak bangsa yang tidak boleh duduk diam,
enggan duduk dan tetap dan disukat,
dan seolah-olah atom itu bertindak mendadak,
sentiasa berubah fikirannya.
Disamping itu, dinyatakan sedikit penghuraian tentang Kesedaran dan Keinsafan. Kesedaran dan Keinsafan adalah suatu yang berbeza. Malah mengandungi maksud yang begitu luas dan bermakna. Contohnya, kesedaran mula timbul dibenak fikiran kerana kesan sebab dan akibat, namun keinsafan belum tentu dapat dicerna menerusi hati / qalbu yang dalam, atau boleh dikatakan belum tentu dapat mencapai ke peringkat keinsafan.
.............................................................................................................
......................................................................................................................
P/s: Kesedaran dan Keinsafan menurut hakikat insan saling berkait rapat. Hakikat insan yang dijadikan kita sebagai hamba dan khalifah mengandungi tugas dan peranan yang berbeza. Khalifah dituntut menjalankan pemerintan secara adil lagi saksama dan memenuhi tuntutan kesedaran dengan tinggi. Manakala dijadikan kita sebagai hamba untuk mengenal Allah SWT dan memenuhi tuntutan keinfasan yang begitu tinggi, untuk mencapai keredhaan Allah. Sekian. Falsafah Bahasa + Falsafah Sains.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan