Along meluru masuk ke dalam rumah, manakala Amirul masih leka bermain hujan di hadapan rumah usang dengan ditemani neneknya yang duduk ditangga. Umi di dapur sibuk dengan membasuh pakaian anak-anaknya. Adik kepada Amirul busy dengan menonton kartun, membaca buku mastika, dan menyiapkan latihan sekolah.
Tepat pada pukul 9 malam, selepas daripada mengaji Al-Quran, neneknya memanggil Along dan Amirul, “cu..., esok, nenek dah nak balik kat pondok Pasir Tumbuh. Anak murid nenek dah tanya bila nak balik sana. Mereka nak belajar mengaji Quran”, jelas nenek kepada kedua-dua beradik. Seperti yang sedia maklum, neneknya adalah seorang pelajar yang menuntut disebuah Pondok Pasir Tumbuh, iaitu sebuah Institusi Pengajian Ilmu Allah. Kini neneknya telah diiktiraf sebagai guru mengajar Al-Quran oleh ustaz dan tokoh agama disekitar kawasan pengajian. Pelajar nenek terdiri daripada kalangan warga tua yang sama menuntut di institusi tersebut.
“Alah nenek, kejabnya...baru 3 hari nenek datang rumah kita orang... dah nak balik kat pondok,” jawab Amirul. Ye lah nenek, nape kejab sangat?, rindu la...”, kata Along. Serentak dengan itu, Along memeluk nenek sambil mencium pipinya. “wah, sedapnya bau pipi, cam anak dara je nenek ni! Hahaha”, Along berseloka dengan nenek. Mereka bertiga gelak bersama-sama. Dalam keadaan yang penuh dengan gelak ketawa, neneknya menghulurkan wang kepada mereka, “ nah cucu, nenek bagi upah sebab gali parit dan menebas lalang kat belakang rumah pagi tadi. Terima kasih ya”. Jelas neneknya.
“Tak mengapa la nenek, kami tak mintak pun duit nenek, kesian nenek” kata Along. “Wah, nak..nak... duit, hehe...” balas Amirul. Inilah Amirul, senyum apabila nenek menghulurkan wang.
Pada kebiasaannya, duit yang diperolehi daripada neneknya akan dibelanjakan di sekolah nanti. Neneknya tersenyum sambil menitiskan air mata kerana sayangkan cucunya.” Cucu, nenek tak kisah habiskan duit untuk kamu, janji kamu menjadi insan baik, soleh dah cukup baik untuk nenek. Doakan nenek ya jika ditakdirkan nenek pergi dulu” jelas nenek.
“Insyallah nenek, kami doakan nenek. Nanti kami keja, kami balas budi baik nenek, kata Along dan Amirul. Jelas terpapar di raut wajah mereka akan kesungguhan inginkan kejayaan. “ cucu, dah solat ke belum?”, Tanya nenek. Balas Along “saya dah solat, ni si mirul belum lagi”. Dah la wei... dah solat dalam bilik tadi, sedap tuduh orang tak solat lagi”, balas Amirul dengan nada marah. Memang tidak nafikan, dua beradik si Along dan si Amirul ni sering bertikam lidah. Namun kawan baik diwaktu senang dan susah. Membeli barang dikedai bersama-sama, pergi ketandas berteman, mandi diparit belakang rumah bersama-sama, naik basikal berdua dan boleh dikatakan segala aktiviti yang dilakukan secara berdua.
Kehidupan keluarga mereka boleh dikatakan miskin. Mempunyai rumah usang hasil pertukangan arwah datuk mereka.
Apabila hujan lebat, hanya dua tempat sahaja yang tidak terkena tempias hujan iaitu dikamar Along dan dikawasan ruang tamu. Kawasan itulah yang menjadi tempat beradu bagi mereka sekeluarga. Untuk mengelak diri dari terkena gigitan nyamuk, kelambu dijadikan perisainya. Setiap malam, tidur mereka beratapkan kelambu yang mempunyai kesan jahitan. Orang yang paling berjasa dalam memberikan suntikan semangat untuk berjaya adalah umi, neneknya serta ibu saudaranya. Bak kata hikmah pengembara minda, “Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh ”.
Kedua beradik mencapai bantal masing-masing lalu diletaknya bantal ditempat tidur nenek. Keduanya berlumba-lumba mendapatkan tempat tidur masing-masing. Disebelah kanan nenek, Along yang yang tidur manakala di sebelah kiri nenek, Amirul yang baring. Dua beradik tidur dan menemani neneknya. Begitulah pertalian mesra mereka dengan neneknya. Tanpa disangka, neneknya membuka mulut disulami aneka nasihat sebelum cucunya menutup kedua mata.
“cucu, dengar ya nasihat nenek. Berfikirlah tentang soal mati, soal ujian Allah,dan soal kehebatan Allah. Jangan jadi orang yang pandai berfikir setelah jasad dan roh berpisah. Disaat itulah baru mula nak menyesal akibat dosa. Dah tiada gunanya. Jadilah orang yang pandai berfikir diwaktu masih mempunyai nafas. Maka jadilah seorang pengembara minda. Sepandai-pandai dan sebijak-bijak manusia ialah orang yang berfikir tentang hal-hal kematian semasa melekatnya roh dan jasad mereka.” Jelas nenek. Bicara nenek masih diteruskan, katanya, “Saidina Usman Affan berkata : ”Ingatan terhadap perkara Akhirat akan mendatangkan ketenangan akhirnya, sementara ingatan terhadap dunia mendatangkan kegelisahan akhirnya...” Jadi, sekiranya takutkan kematian bertukar kepada sesuatu yang mendatangkan kegelisahan dan menghilangkan ketenangan maka ianya adalah perkara duniawi. Ia tentu sekali tidak akan mendekatkan seseorang kepada menghampiri Allah SWT”.
Neneknya menoleh kearah sebelah kanan, dilihatnya Along telah terlena. Seterusnya, Di toleh disebelah kiri, Amirul juga telah dibuai mimpi. Tersenyum neneknya. Tangan nenek masih mengerakkan tasbihnya. Terus dibacakan ayat suci Al-Quran sebelum beradu,harapan agar dibawah perlindungan Maha Pencipta, Allah SWT.
karya pukul: 12.00 malam
“Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu, anda untuk meneroka dan mempelajarinya”....
1 ulasan :
ya prof~~~~~~~~~~ t.ksh prof kerana ajar sy... hahahahaha.....
Catat Ulasan