Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 12 November 2010

Biasan Pelangi 4


Hujan renyai-renyai membasahi bumi, si tua duduk melihat gelagat kedua cucu lelakinya bermain-main titisan hujan. Kegembiraan cucunya terpapar di raut wajah mereka. Dalam suasana hujan, Si along berlakon sebagai polis, berlari-lari sambil memegang senjata mainannya manakala adiknya berlakon sebagai pendekar Melayu sambil memegang sebilah keris hasil buatan tangannya.

Nenek tersenyum dan tertawa melihat kerenah cucunya. “hihih, cucu aku ni, dah mula berlakon sana-sini. Suruh mengaji, malas la, penat la. Marah sikit dah buat muka. Merajuk la, xnak bercakap la, macam-macam”. Kata hati nenek.

“Nenek, jom la… main gan kita” laung Amirul. Balas nenek “cu, nenek da tua, nanti demam”. “Alah, ajal tangan tuhan nenek”, jelas Along. “Ya, nenek tahu, tapi lebih baik mencegah sebelum berlaku dan ajal itu tidak mengira usia, tua atau muda. Cu perlu ingat ya, tiap jiwa akan merasai mati. Apabila ajal itu hadir, kita tidak dapat menolak ketentuan ajal. Guru nenek dalam ceramahnya mengatakan "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."(Surah Al-A'raf: ayat 34)", Ingat ya pesan nenek".
Melihat keadaan nenek begitu uzur. Tubuhnya begitu terbatas jika dibandingkan dengan anak muda seperti mereka. Matanya layu tetapi mulutnya tetap jelita kerna kemurahan senyumannya.Kedua cucunya saling memadang nenek. “Baik nenek, saya tau, mesti dapat nasihat dan ceramah nenek dikala petang sebegini, hehehe” kata Amirul. hoi, jom la, naik. Penat la. kata si Along. “Alah.. nak main lagi, hujan masih lebat lagi”, balas Amirul.
Hayatilah tersirat disebalik tersurat, Bersambung………..

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...