Malam semakin larut, mata Amirul masih segar, fikirannya masih membayangkan suasana ceria semasa dia berada di alam kanak-kanak. Alam yang tidak dibelenggu kesedihan, kemurungan, kepahitan. Pada saat itu, gelak ketawa, senyum tawa menjadi keutamaan.
Bangun dari tidur, memanggil nenek kesayangannya, mencari nenek dibelakang rumah. Menemaninya bercucuk tanam. Sering kali bersama nenek, pasti ada kata-kata nasihat dari nenek. Dia tidak jemu menasihati cucunya. “Amirul, kenapa bangun subuh lambat sangat, tak boleh cm tu, Allah murka”. Kata neneknya. Jawab Amirul “penat la nenek, semalam umi marah Amirul, paksa Amirul siapkan juga latihan sekolah”. Balas nenek “ tu bukan penat, tu pemalas. Umi buat cm tu untuk kebaikan Amirul. Soal solat jangan lewat-lewatkan. Kita tidak tahu ajal kita bila. kalau Amirul nak tau, Malaikat Maut datang melawat hamba Allah banyak kali dalam setiap hari”.
Mendengar nasihat dari neneknya, tangan Amirul mencapai sebatang ranting, lalu dipegang olehnya. Amirul bertanya “ tadi nenek kata Malaikat Maut datang tengok kita tiap hari, berapa kali nenek?”. Balas neneknya “ Amirul, dalam sebuah hadisNabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”
“Wah. cm tu sekali nek! takutnya”. Kata Amirul. “sakit ke saat mati nenek,tengok orang nak mati cm nak tido je nek”, Tanya Amirul. Jawab neneknya “Amirul, tengok zahir memang seperti orang tido, tidak pada hakikatnya. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup”
Mendengar kata-kata nenek, hati Amirul bedegup tidak henti-henti. Kerisauan mula dirasai. “nenek, saya mahu panjat pokok rambutan, sedap la buah tu, nenek nak?” Jawap nenek “ya, tapi hati-hati. Terima kasih kerana nak ambil untuk nenek”. Tanpa berlengah, Amirul meneruskan aktivitinya. Dia telah berada di dahan pokok rambutan sambil memerhatikan neneknya yang tekun bercucuk tanam. Tanpa disangka, air mata Amirul mulai gugur kerana terlalu sayangkan neneknya. Terima kasih nenek.
Hayatilah kisah tersirat disebalik tersurat. Sekian….
Tiada ulasan :
Catat Ulasan