Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 12 November 2010

Biasan Pelangi 3


Matahari mula menyinari Alam. Sinarannya menerjah masuk ke ruang kamar tidur mereka. Along bangkit dari tidur dengan mengeliat tangan dan kakinya, manakala adiknya terus lena di atas sebuah bantal empuknya. Sahutan nenek kedengaran di luar rumah usang. Memanggil kedua-dua cucunya supaya membantunya bercucuk tanam, menggali parit dan menebas lalang dibelakang rumah mereka.

“Amirul, bangunlah, nenek panggil tu”, sergah Along. Jawab Amirul, “ya..ya… emm.. penat la, nenek bagi upah ke?”. Balas Along “upah je ko ni, kesian nenek kat luar rumah tu, buat keja sesorang, cepat bangun !!!!. Petang besok nenek dah nak balik kat pondok Pasir Tumbuh”. Jawab Amirul “hah, besok dia dah nak balik pondoknya!, baik,baik, saya bangun, jom pergi bantu nenek. Kesian dia”.

Kedua beradik meluru kearah sekujur tubuh tua yang begitu rajin mengerahkan tenaga keringatnya. Along mencapai sebilah parang yang disandar ditepi pokok kelapa manakala adiknya si Amirul mencapai cangkul usang yang berada dibawah rumahnya. Kedua beradik melaksanakan tugas yang diberikan oleh neneknya. Tepat pada pukul 1.00 tengahari, azan Zohor mula berkumandang. “Dah la Cu, rehat la. Pegi tunai solat dahulu. Jangan lewat-lewatkan solat. Kalau rasa nak sambung petang ni, terpulang la. Kalau penat, rehat la, tak mengapa”, kata neneknya.

“Tapi nenek, keja da nak siap ni, pasni kita orang solat la”, kata Amirul. “Ye la nenek, tunggu la jab, pasni kita solat la”, balas Along. Nenek memandang kedua cucunya dengan penuh kasih sayang sambil mengukirkan senyuman. “eh.eh..cucu ni, hehe.. jangan perangai cm tu. Kan kedua cucu nenek ni belajar sekolah Mahhad. Pastu belajar macam-macam tentang hadis, hukum, dosa, pahala, soal fekah, takkan tak tau apa hukum dan dosa lewat sembahyang”.

Nenek membetulkan tudungnya lalu menyapu raut wajahnya dengan kedua tangannya. “Cucu, kamu sudah besar dan dewasa. Along dah belajar ting 5, amirul pula dah tingkatan 1. Nenek hanya mampu berdoa supaya cucu nenek jadi seorang manusia yang baik. Hanya nasihat la nenek boleh berikan. Jangan lewat-lewatkan solat. Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda “Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan Neraka Wail”, nasihat neneknya.

Kedua cucunya memandang diantara satu sama lain, sambil tersenyum. “ya..ya.. Nenek, kami pergi solat”, jelas kedua cucunya. Masuk kedua cucunya dari arah pintu belakang rumah. Membasuh tangan dan kaki lalu naik kerumah, dan bersiap untuk mandi bagi menunaikan solat Zohor.

Hayatilah kisah tersirat disebalik tersurat. Sekian…

2 ulasan :

Laksamana Bentan berkata...

Mungkin kalau tak kerana 'nenek' kita tu, nak baca Yasin pun dah tentu tak tahu @ tak betul..

AKU berkata...

ya~~~~~ boleh kata tiap hari ditanya olehnya, " dah baca Quran? dah abis dah surah Al-Baqarah, dan le lain?"....

inilah kata2 tiap kali bersua dengannya~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...