Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 26 Ogos 2011

Anak Soleh vs Solehah: tanyalah hati ~~~

 Cintakannya...... Kasihkannya..... Belailah mereka dengan kalimah tauhid.....

Anak adalah anugerah dari Allah SWT yang tentunya sangat berharga bagi ayah dan ibunya. Mereka (anak) merupakan amanah dari Allah SWT kepada ayah dan ibu, yang harus dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya agar mereka mendapatkan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Disaat kita mengharungi alam perkahwinan, maka bentuklah sebuah rumah tangga bahagia dan harmorni dalam erti kata kehidupan yang seimbang (dunia dan akhirat). Pasti impian dan cita-cita kita sebagai ibu dan ayah agar dikurniakan anak-anak yang baik, soleh dan solehah, yang bukan saja dapat membahagiakan kita di dunia, namun juga dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak.

Seperti dalam sabda Rasulullah saw, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

=============================================
 ===========================================
Berfikirlah sejenak wahai kita (ibu dan ayah) atau (bakal ibu dan ayah)……

Siapa yang kau harapkan untuk memandikan jenazahmu?
Siapa yang kau harapkan untuk mengkafankan dikau?
Siapa yang kau harapkan untuk solatkan jenazahmu?
Siapa yang kau harapkan untuk menurunkanmu dikuburmu?
Siapa yang kau harapkan untuk mendoakanmu?

Tanyalah diri sendiri………………… Buat seketika…

Adakah aku telah mendidik anakku dengan agama yang secukupnya?
Adakah aku telah mentarbiahkan jiwanya mengenal Allah dan Rasul?
Adakah aku telah mengajar dan mendidiknya untuk mengenal kitab Allah (Quran)?
Bagaimana dengan akhlaknya? Adakah aku hanya sekadar membiarkannya?
Adakah aku telah melaksanakan tanggungjawabku sebagai ibu dan ayah?
Dan….. apakah aku berilmu untuk mendidik anak-anakku?
Dapat atau tidak aku menjawab pertanyaan Allah di mahkamahNya nanti?

Firman Allah SWT, “Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” (QS. Ali Imran:38) 


Rakaman anak yang menyejukkan mata hati.... Subhanallah.


Cebisan pena sukma... Yang mula terfikir dan berfikir… Sekian…

Rabu, 24 Ogos 2011

Lirik Firman - Kehilangan..... Teruna atau Dara ?

Hasil karya video telah siap dicipta......
sebuah lagu indo, pertama kali dgr....
best gak... hehe
-
-
-
Tajuk Lagu: Kehilangan
-
-
Watak Pertama:
......................................
Watak Kedua:
-
-
-
-
 Ciptaan Video Sukma, KLIK PLAY:
========================================

Selasa, 23 Ogos 2011

PeNdApAt Dia: Soal Perkahwinan


Pada saya perkahwinan adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ianya rezeki, kadang-kadang ada orang rezekinya murah, usaha sedikit tetapi mendapat pulangan yang lumayan, ada orang usahanya banyak, pulangan sedikit dan ada orang yang usahanya begitu banyak, tiada apa-apa pulangan, sebaliknya mengalami kerugian.

Itu adalah sebagai satu contoh, bagi seorang perempuan atau lelaki yang mendapatkan suami atau isteri, perlulah dia berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimana pun usaha itu perlu mendapat kesesuaian keadaan masing-masing.

Walaupun pada asasnya perempuan menanti pinangan, manakala lelaki perlu mencari bakal isteri. Tetapi jangan lupa dalam Islam, perkahwinan agung yang berlaku kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah bt Khuwailid.

Ia dimulakan oleh Khadijah sendiri, menghantar utusannya pada Muhammad pada ketika itu, Ummu Kalsum, dan berlakulah rundingan yang ikhlas seolah-olahnya Khadijah meminang Muhammad, pinangan diterima, maka berlakulah perkahwinan.

Ini bererti, Khadijah memulakan suatu usaha walaupun beliau berumur 40 tahun dan Muhammad bin Abdullah berusia 25 tahun. Jika dicongak pada akalnya, barangkali sukar untuk ditemukan jodoh antara seorang perempuan yang 15 tahun lebih tua dari lelaki, dari hasil usaha dari perempuan sendiri.

Inilah rezeki yang menemukan jodoh mereka, menjadikan mereka sebuah keluarga yang aman damai serta bahagia hingga ke akhir hayat Khadijah. Demikian hari ini, rezeki untuk mendapatkan seorang teman hidup, perempuan inginkan mendapat seorang lelaki yang bertanggungjawab membahagiakannya, tidak selama-lamanya datang bergolek. Maka perlu berusaha. Usaha itulah yang menentukan kadang-kadang cepat berjaya, kadang-kadang tidak.

Adakah sama Saka dengan Qareen?

Soalan:

Saya banyak mendengar perkataan saka yang dirujuk kepada gangguan makhluk harus atas seseorang yang berpunca daripada keturunan seseorang yang mendampinginya sentiasa meminta berbagai permintaan atau mengenakan berbagai keburukan. Adakah ini sama dengan istilah qareen yang pernah Dato' sentuh dalam jawapan terdahulu. Samakah antara saka dengan qareen? Bagaimana hendak mengatasi hal ini apabila ianya berlaku?
==================================
Jawapan Ustaz / Dato’:

Saka adalah suatu istilah yang biasanya digunakan oleh tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada suatu fenomena gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia kebanyakannya kaum wanita dan ada juga lelaki, yang mengaitkannnya dengan makhluk yang kononnya diamanahkan menjaga seseorang. Bagi tujuan menjaga tersebut maka berbaga-bagai gangguan spiritual berlaku. Gangguan seperti ini dikenali sebagai gangguan makhluk halus.

Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka. Hasil daripada itu maka berlaku kawalan, sebenarnya gangguan ke atas orang berkenaan sehingga menimbulkan masalah yang diistilahkan sebagai saka.

Saya tidak dapat menentukan apa sebenarnya saka. Betul atau tidak ia makhluk yang mendampingi manusia dan keturunan mereka diganggu sehingga mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Jika benar ianya (makhluk halus) sebagai sahabat, kawan atau dampingan orang-orang terdahulu, maka sepatutnya ia tidak berubah sekadar hanya menjaga dan melindungi anak cucu seseorang, tiba-tiba berlaku sebaliknya sehingga menyakiti dan menganggu sampai menjadi separuh gila atau separuh sedar.

Saya tidak nampak hal ini sebagai saka yang digunakan untuk menjaga dan mengawal seseorang untuk kebaikan. Jika berlaku begini, maka tidaklah menimbulkan masalah walaupun hukum asalnya bersahabat, berbuat baik, berdampingan dengan makhluk halus dilarang oleh syariat Islam.

Banyak ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia menjauhi dan berlindung diri daripada syaitan. Malah manusia wajib menjadikan syaitan sebagai musuh dan sebagainya.
Berbalik kepada seseorang yang diganggu oleh makhluk halus, maka jelas ia adalah musuh kerana ia menyakiti manusia, menganggu manusia dan melakukan perkara yang tidak dingini oleh manusia, ianya memberikan kesan negatif.

Kita mesti menjauhi mereka, benda yang dinamakan saka ini tidak menjadi sesuatu yang baik kepada manusia. Dirawatlah dengan cara-cara yang diharuskan oleh syarak bagi mengelakkan saka ini terus menerus menganggu manusia.

Adapun Qareen adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.

Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), "Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui."

Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka.

Firman Allah (mafhumnya), "Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku." (Surah Qaf, ayat 23).

Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, "Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,"Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh."

Ini merujuk kepada perkataan Qareen. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qareen.

Dalam hadis daripada Ibnu Mas'ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), "Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan." (Riwayat Muslim).

Hadis daripada Ai'shah r.ha berkata,"Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu, maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai'shah? apakah kamu cemburu? Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu wahai Rasulullah s.a.w. Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai oleh syaitanmu wahai Ai'shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan? Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku, aku Islamkan dia dan tidak menyuruhku melainkan untuk kebaikan."

Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa.

Oleh yang demikian, jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.

Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat.

Jika hendak dikatakan saka, hanya sekadar mengatakan ianya wujud ada, maka tidak salah mengatakan kita semuanya ada saka, tetapi saka yang saya maksudkan adalah saya yang sedia ada, bukan kerana dipelihara oleh keturunan, bukan disuruh oleh seseorang melakukannya tetapi kerana tabiat makhluk ini memang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia kepada kejahatan. Wallahua'lam.

TaNgKaPan (Mak Ikan & Bapak Ikan)

"Sejuknya...... sejuk...... Hembusan angin malam yang kian lama kian dingin menusuk tulang2.... Kain pelikat diangkat ke paras yang diizinkan, baju switter ditanggalkan, lalu............................

 "Yes...... rezeki malam ni.... hasil tangkapan yang menyelerakan, bapak ikan dan mak ikan menjadi santapan kenikmatan....................................", Jelas member saya. 

=========================
===========================
============================
-
-
-
-
-
Rezeki Sahur...... hehe


p/s: Makan Patin Masak Tempoyak dan Patin Goreng... Sedap~~~

Mengaku Anak BaSah... sanggup?

Kuala Lumpur: Disebabkan tidak mahu bapa kandung menjadi wali pernikahannya, seorang gadis bersekongkol dengan ibunya membuat pengisytiharan palsu di mahkamah syariah dengan mengaku anak luar nikah untuk mendapatkan wali hakim.

Semuanya dipercayai berlaku kerana ibu gadis itu masih berdendam dengan bekas suaminya berikutan kegagalan rumah tangga mereka, seterusnya menghasut anak perempuannya mengetepikan hak bapa kandung dalam urusan pernikahan.


Mengejutkan apabila perancangan mungkar dua beranak itu mendapat sokongan nenek, datuk, bapa tiri dan bakal suaminya. Lebih mengecewakan apabila tanpa soal siasat terperinci, jurunikah menikahkan pasangan terbabit hanya dengan melihat surat pengisytiharan dikemukakan gadis terbabit.
=======================

P/S: Ya Allah................................ Moga dijauhi dari bala spt ini.....~~~~

Isnin, 22 Ogos 2011

3 Teruna Bujang

----------------------


"Selamat Berjaya" ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Salam Ramadan.

Ahad, 21 Ogos 2011

~~"Lima Perkara Tersirat "~~

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. 

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Jumaat, 19 Ogos 2011

SOMALIA dalam Kesedihan & Kepiluan

SUMBANGAN UNTUK TALIAN HAYAT PELARIAN SOMALIA MELALUI
AKAUN CIMB NO 14023010025718 ATAS NAMA “HALUAN”






















BoMoH, Jumpa BoMoh: Sebab Agama bukan Perkara uTaMa !!!


Masalah rumah tangga yang sukar dikongsi seorang isteri kepada keluarga sendiri mahupun pihak luar menjadi antara penyebab ramai wanita mendapatkan khidmat pihak lain seperti bomoh sehingga memakan diri sendiri. Pakar Motivasi dan Kaunseling, RKH Motivasi and Services, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata selain faktor itu, kekurangan pusat khidmat kaunseling, tindakan dan kurang pegangan agama turut menggalakkan wanita seperti itu berbuat demikian.

“Bagi isteri, masalah rumah tangga amat sukar untuk diluahkan atau dikongsi kepada sesiapa. Seboleh-bolehnya mereka akan menyembunyikan masalah itu daripada diketahui ramai. “Tindakan ini menyebabkan mereka berjumpa bomoh yang mendakwa boleh menyembuhkan atau menghilangkan masalah mereka kerana tahu rahsia tidak akan terdedah,” katanya.

Dr Robiah berkata, kesempatan itu pula diambil bomoh terbabit untuk mengaut keuntungan dan wanita seperti itu mengalami kerugian. “Mereka tidak tahu dengan siapa harus bercakap untuk menyelesaikan masalah kerana pusat khidmat kaunseling tidak banyak, lebih-lebih lagi bagi golongan sederhana. Ketiadaan pakar kaunseling yang mudah dihubungi dan didatangi pada bila-bila masa selain menawarkan bayaran berpatutan turut menyukarkan keadaan.

“Selain itu, mereka ini mudah terpedaya kerana pujukan rakan atau pelanggan yang berjaya selepas menggunakan khidmat bomoh itu,” katanya. Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam, mengenai lebih 10 pelanggan wanita seorang bomoh diberi pilihan sama ada menyerahkan tubuh atau barang kemas untuk membuang sial dan memulihkan hubungan suami isteri.
============================
============================




Khamis, 18 Ogos 2011

Serah / Jual / Berikan Tubuh pada Lelaki BomOh !!!!!

Kuala Lumpur: Serah tubuh atau barang kemas. Itu pilihan diberi seorang bomoh yang kononnya pakar membuang sial dan memulihkan hubungan suami isteri pelanggannya yang semuanya wanita.

Hasil tipu dayanya, bomoh mendakwa kerabat diraja dan berpura-pura warak itu mengaut keuntungan jutaan ringgit apabila 10 pelanggan wanitanya memilih ‘kaedah rawatan’ kedua iaitu menyerahkan barang kemas.

Bomoh berusia lewat 30-an itu berasal dari Teluk Intan, Perak, namun sebahagian besar mangsanya ditemui dan ‘dirawat’ di bilik hotel sewaannya di Jalan Klang Lama di sini antara Februari lalu hingga awal bulan ini.


Klik untuk anda tahu lebih mendalam pasal si BoMoH: klik:


====================================

Ulasan Sukma Bintara: yang untungnya si bomoh durjana.... bukan x kesian kat si mangsa..... tp, nape la x boleh pikir yang mane baik yang mane buruk..... serahkan tubuh masalahnya..., kalau barang kemas x pe lagi.. Ya Allah..... Nauzubillah......  Peliharalah diri dan keluarga........ hentikan kepercayaan pada bomoh, Buktinya:

................................................................................................
Allah telah berfirman yang maksudnya:
”Katakanlah,”Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan.” (an- Naml : 65)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali 'Uqbah bin Sinan 5/117)

Tak Perlu kata Apa-Apa... Senyum !!


 Ohhhh.. Balik Kampung...... sape nak ikut balik gan saya? saya sesorang je balik.... he2

Selasa, 16 Ogos 2011

Wanita Diet dan Wanita Bersenam

Perkataan ‘diet’ ialah salah satu terma yang paling gemar digunakan dan juga ‘disalahguna’ oleh orang ramai yang cuba untuk mengurangkan berat badan! Diet tak bermakna anda ‘berpuasa’ dan mengikat perut anda dari makanan. ‘Diet’ sebenarnya ialah jumlah makanan yang diambil oleh seseorang. Setiap individu mempunyai jumlah nilai kalori harian yang berlainan bergantung kepada fizikal badan dan juga gaya hidup seseorang itu (sama ada aktif atau tidak). Sudah tentu, tidak mustahil bagi seseorang itu untuk mengurangkan berat badan dengan hanya berdiet. Tetapi ianya sangat tidak disyorkan kerana seseorang itu perlu sangat berdisiplin dalam pengambilan makanan. Terdapat juga kemungkinan besar untuk berasa lapar dan akhirnya anda mungkin terlebih makan kerana tersangat lapar! Oleh itu, ‘diet seimbang’ sangat disyorkan oleh majoriti pakar nutrisi yang meliputi diet dan senaman. Tahukah anda bersenam membantu anda mengurangkan nafsu makan?



DNA babi dalam MENTEGA Golden Churn !!!



Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu.

“Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri.

“Sehubungan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk ini. Keputusan ini sudah dimaklum kepada syarikat berkenaan pada 9 Ogos lalu dan Ballantyne Food Food PTY Ltd bersetuju menarik balik produk berkenaan dari pasaran,” katanya. 

Beliau juga menasihatkan pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM atau jabatan agama Islam negeri yang sudah menggunakan produk terbabit mengambil empat tindakan iaitu:


·         Menukar bahan ramuan terbabit kepada bahan ramuan lain yang mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf;

·         Mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru; 
·         Melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri;

·         Mengemukakan bukti surat akuan samak daripada jabatan agama Islam negeri.

Bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan isu halal itu, Othman meminta pihak berkenaan merujuk kepada laman sesawang JAKIM di www.islam.gov.my atau www.halal.gov.my dan jangan merujuk kepada sumber tidak rasmi seperti laman sesawang sosial.

Beliau berkata, untuk sebarang maklumat atau pertanyaan boleh terus diajukan dengan menghubungi Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200.

Hobi ke Tabiat ? Minat + Syok = Amalan


Borak pasal hobi mmg best… jika ditanya pada rakan & member, hobi mereka bermacam2, main bola, jogging, memancing, main gof, main ragbi, dan sebagainya.

Tapi saya………. Tapi saya….. Petang-petang……. Minat sgt mop lantai…… x leh rasa pasir ataupun habuk….. Adakah ini juga hobi….? Adakah ni minat……? tabiat kot..  


Pernah suatu ketika, saya termaki member kerana kotorkan bilik saya…. Bukannya sengaja, tapi automatik jadi panasssssssssk, kalau sepahkan  bilik mahupun barang yang saya kemas.


“Alahai…. Cam popuan la ko ni… tiap hari mengemas..”, jelas sahabat saya yang dok lalu lalang depan rumah saya.

“Aahh…. Mengemas bukannya keja popuan, ada je yang pemalas !!.. Mengemas bukan ikut jantina, tapi amalan”, balas…. dengan puas hati. 

Isnin, 15 Ogos 2011

Anugerah Akal pada Aku, Dia dan Kamu.

Akal merupakan anugerah Allah yang teristimewa dan dikurniakan kepada hambanya yang bergelar manusia. Inilah yangmembezakan manusia dan haiwan. Haiwan diberikan otak tetapi tidak mempunyai akal untuk berfikir, dan haiwan hanya dikurniakan naluri semata-mata (bertindak mengikut keinginan dan kemahuan).

Dapat difahami bahawa sebagai manusia  diberikan konsep taklif (tanggungjawab) dalam Islam, yang menitikberatkan tentang akal. Hanya golongan yang berakal sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan sesuatu ibadah kepada Allah SWT sedangkan mereka yang tidak berakal dikecualikan.


Neraca bagi menentukan kebaikan dan keburukan bergantung kepada akal. Hal ini menyebabkan manusia dianugerahkan pangkat sebagai khalifah di muka bumi. Malahan manusia dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah Allah SWT yang ini tidak mampu dipikul oelh gunung, bumi dan langit. Hnaya manusia sahaja yang mampu…. Subhanallah.

Al-Quran memberikan kedudukan yang istimewa kepada akal. Islam menjadikan berfikir sebagai satu kemestian ke atas semua manusia. Berfikir dianggap sebagai bentuk ibadah yang tertinggi. Perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud: “ Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab neraka", (surah al-Imran, ayat 190)

Sebagai seorang yang mempunyai akal yang rasional kita sewajarnya membuat persediaan untuk menghadapi hari tersebut. Kejayaan pada hari tersebut dapat dicapai apabila kita dicurahi rahmat Allah SWT. Kerahmatan ini pula dapat diperoleh dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan dalam masa yang sama menjauhi segala larangan-Nya.

Kesimpulannya, tugas akal yang paling mulia ialah apabila ia digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apabila melihat kepada kejadian alam yang begitu hebat, tersusun dan indah ini, sewajarnyalah terdetik di hati kita ingatan terhadap Allah SWT yang Maha Agung yang mencipta alam ini.

Coretan Ringkas, Wassalam......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...