Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 30 Disember 2010

'Mereka' dan 'Aku'

Masa berlalu dengan pantas, sepantas jam berdetik. Setiap kali aku mengenang kenangan manis, saat itulah aku merinduinya, merinduinya ialah “mereka-mereka” yang bergelar sahabat. Sahabat yang baik sukar dicari, musuh ketat amat mudah didampingi.
Kami sepasukan merupakan peneraju buat kolej kesayangan pada sesi 2009/2010.

Dikenalinya Majlis Tertinggi Mahasiswa(MTM). Peneraju utama ialah sang rimau (Tiger). Aku lah sebagai pendamping setia ke mana sahaja, bukan pendamping malam atau belaan saka haha. Kenali beliau dari zaman junior, memang tidak dapat dipisahkan.

Pada masa itu juga munculnya puak pendamai dan kekadang menjadi puak pemusnah sasana sepi, mereka dikenali “Geng Stone Cold”. Kumpulan yang bersuara lantang, banyak mengkritik, dan banyak memiliki barang artistik. 

Pada masa itu juga muncul “Geng Penunggu Gunung Raya” di bilik keramat. Bilik yang menjadi gerakan gerak kerja bagi setiap program yang diadakan di kolej. Penunggu yang begitu rajin rajin mengemas, bermain facebook dan pelbagai. 

Alhamdulillah..... 

segala pembaharuan dari sudut pentadbiran dapat kami perlihatkan. Dari program blok, program kolej dan mercu tanda kejayaan setelah program ASEAN dapat kami jalankan dengan begitu baik dan sempurna. 

Semoga kita kekal sebagai sahabat yang baik, sekian.

Dunia - Cekik Zuriat

Wanita bersalin dalam tandas cekik bayi

2010/12/30
DUBAI: Seorang wanita bersalin di dalam tandas sebelum mencekik bayi berkenaan dan menghumbannya ke dalam tong sampah.

Ibu terbabit, dipercayai keturunan Habsyah dan berusia pertengahan 30 tahun, menaiki pesawat sebelum mayat bayi itu dijumpai oleh pencuci tandas di lapangan terbang antarabangsa Dubai.

Wanita itu memutuskan tali pusat bayi itu dengan tangannya sendiri dan kemudian melilit lehernya dengan kain sebelum membuangnya.

Dia dikenal pasti menerusi gambar kamera keselamatan dan sedang diburu polis.
Bayi itu dijumpai apabila seorang wanita lain memaklumkan tukang cuci di lapangan terbang mengenai darah mengalir dari sebuah tandas. – Agensi

Sumber: Berita Harian 30/12/2010

Reformis Dunia Islam

Langkah diteruskan, masuk kedai buku, tanpa banyak “kecek”, aku beli novel Umar Al-Khattab – ‘Reformis Dunia Islam’ tetapi dibayar oleh Mak Cik Ceplos. haha. Syukur… dapat ku katakan, novel ini dapat membakar semangatku…… perjuangan tokoh terhebat
Sinopsis
Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam. Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk, Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.
Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.
Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.


Sekian....................

Jumaat, 24 Disember 2010

Penentang Jadi Pembela

Khamis, 23/12/2010, jam menunjukkan pada pukul 8.10 malam. Langkah ku menuju ke tempat khazanah ilmu. Tanpa berfikir panjang tentang harga, ringan menghulurkan duit sebanyak RM 14.00 dikaunter. Mudah-mudahan, buku yang menceritakan kisah Ikramah, dapat menambahkan lagi kesedaran dan pengetahuan.

Sinopsis

Sebelum memeluk Islam, Ikramah dikenali kerana kebijaksaannya, juga dikenali kerana sangat memusuhi Nabi Muhammad kerana dia adalah anak Abu Jahal. Kebencian Ikramah kepada Nabi Muhammad semakin bertambah setelah kematian ayahnya dalam Perang Badar. 

Namun, hidayah itu datangnya dariapada Allah untuk sesiapa yang Dia mahu. Ikramah akhirnya dikurniakan hidayah dan menjadi antara sahabat yang sangat mencintai Rasulullah. Keinginannya untuk menghancurkan Islam berganti dengan jihad fisabilillah. Dia sanggup menyerahkan semua miliknya bagi Islam. Ketika nabi-nabi palsu muncul, Ikramah bermati-matian membela kesucian Rasulullah. 

Berhasilkah Ikramah membersihkan nama Rasulullah daripada tangan-tangan kotor nabi-nabi palsu? Bagaimana pula perjuangannya dalam menwujudkan cita-cita syahid di jalan Allah?



Ringkasan dan renungan:

Sebelum memeluk Islam, Ikrimah pernah membantu bapanya Abu Jahal melemparkan najis kepada Nabi Muhamad SAW yang ketika itu sedang sembahyang di depan Kaabah. Pada hari yang lain, dia membantu bapanya mencekik leher Rasulullah. Malah dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pembesar Quraisy, Ikramah mencadangkan supaya Nabi Muhamad SAW dibunuh.

Ikramah turut serta dalam perang Badar dan Perang Uhud dengan tekad hendak membunuh Nabi Muhamad SAW tetapi tidak berjaya. Namun dendamnya kepada utusan Allah itu kian membara. Tambahan pula setelah ayahnya (Abu Jahal) terbunuh dalam perang Badar.

Pada hari Rasulullah SAW memasuki kota Mekah, Ikramah cuba menghalang tetapi berjaya dikalahkan oleh Khalid bin Walid. Ikramah melarikan diri ke Yaman. Tetapi kedatanganya tidak dialu-alukan oleh Raja Yaman menyebabkan Ikramah pergi ke Habsyah. Semasa dalam pelayaran kapal yang tumpanginya dilanda ribut dan hampir karam. Semua penumpang dalam kapal itu berdoa dan Ikramah turut berdoa kalau selamat dari bencana itu dia akan kembali ke Mekah untuk menemui Nabi Muhamad. Atikah, isteri Ikramah memeluk Islam lalu menemui Nabi Muhamad dan merayu supaya suaminya dimaafkan. Rasulullahmenerima permohonan itu. Kemudian Atikah mencari suaminya untuk dibawa pulang ke Mekah.


Kepulangan Ikramah ke Mekah sampai ke pengetahuan Nabi Muhamad SAW. Baginda amat gembira dan menyambut kedatangan Ikramah dengan berkata, SELAMAT DATANG WAHAI PAHLAWAN YANG TELAH BERHIJRAH. Ikramah amat terharu dengan kebaikan yang ditunjukan oleh Rasulullah lalu menyatakan hasratnya ingin menganut agama Islam.

Setelah masuk Islam, Ikramah menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Nabi Muhamad. Setelah baginda wafat ramai yang murtad malah ada yang mengaku menjadi nabi. Khalifah Abu Bakar melantik Ikramah memimpin tentera bagi memerangi mereka yang enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi palsu.

Kemudian Ikramah menyertai tentera Islam ke Yarmuk. Tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang bertempur dengan tentera Rom yang berjumlah 240,000 orang. Setelah berlaku pertempuran sengit selama beberapa hari belum ada tanda-tanda pasukan mana yang menang. Akhirnya Ikramah mendapat satu idea. Dia membentuk satu pasukan tentera berani mati seramai 400 orang. Kemudian mereka mengempur musuh menyebabkan pertahanan tentera Rom kucar kacir.

Keberanian Ikramah dan pasukan tentera berani matinya menaikkan semangat tentera Islam. Mereka turut menyerbu ke arah musuh lalu berjuang bermati-matian sehingga beroleh kemenangan. Ikramah menemui Syahid di Yarmuk.
Sekian….. Wassalam….. Renungan dipagi Jumaat.

Pahlawan Terhebat - Ikramah

Penaklukan Kota Mekah

Khamis, 23 Disember 2010

Penakluk Baghdad

22/12/2010, rabu. Mata aku menatap muka depan novel, dilihatnya kulit buku, gambar seorang tentera lengkap berpakaian yang begitu menarik. 

Ulasan Sukma Bintara:


Hulugu Khan merupakan cucu kepada Gengkhis khan. Impiannya ingin menjadi Penakluk Kota Emas (Baghdad). Akhirnya impiannya tercapai. 

Kekalahan kota Baghdad adalah disebabkan Pemerintah Negara yang begitu lemah, mementingkan diri sendiri, dan memiliki menteri yang bersifat munafik tercela.

Siapakah yang dapat mempertahankan Dunia Islam????? jawapannya kitalah PENYELAMATNYA!!!!!
Dan kisah ini benar-benar berlaku pada zaman ini…..... zaman yang dikatakan maju…… tapi mundurnya Agamanya… Islam…. Mengapa? Kenapa?.......

Penguasaan Penakluk di Kota Ternama

Pada tanggal 29 Januari 1258, kota Baghdad mulai dikepung dibawah pimpinan Guo Khan. Pada tanggal 5 Februari, mereka berhasil menguasai benteng di sekitar baghdad. Akhirnya pada tanggal 10 Februari, Baghdad rasmi menyerah.

Pasukan Mongol mulai memasuki kota pada tanggal 13, dimana minggu itu merupakan minggu yang sungguh penuh darah dan jerit tangis warga kota Baghdad. Pembantaian, pemerkosaan dan kezaliman meletus di setiap pelusok kota tersebut.

Seterusnya, Bangsa Mongol menghancurkan Masjid, perpustakaan, istana, rumah sakit, dan juga banyak bangunan bersejarah. Perpustakaan kota Baghdad (saat itu Baghdad terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dunia) yang penuh dengan buku-buku sejarah, kedoktoran dan astronomi dan semuanya dilempar ke dalam sungai Tigris, kesannya sungai tigris berubah warnanya menjadi hitam karana banyaknya buku yang terendam sehingga tintanya luntur.

Khalifah Al-Mus'tasim ditangkap dan disuruh melihat rakyatnya yang sedang disembelih dijalan-jalan dan hartanya yang dirampas. Kemudian setelah itu khalifah dibunuh dengan cara dibungkus dengan permadani dan dipinjak-pijak dengan kuda sampai mati. Semua anaknya dibunuh kecuali satu yang masih kecil dijadikan budak dan dibawa ke Monggol. Setelah kehancuran ini, kota Baghdad tidak pernah lagi menjadi pusat Kebudayaan dan Ilmu Pengetahuan dunia.
 .....................................................................
Tewasnya Penakluk ditangan Panglima Islam Terhebat
Perang Pertama: Saifuddin Qutuz vs Hulagu Khan
Perang kedua: Sarke Khan Vs Hulagu Khan
Pada Tahun 1259, Hulagu berhasil menakluk pemerintahan Ayyubi di Syria tanpa pertumpahan darah. Fokus Hulagu tinggal ke Mesir untuk menaklukkan kekhalifahan Mameluk. Akan tetapi khabar kematian Mongke membuat Hulagu segera pulang kenegerinya dan menyerahkan komando pasukan kepada Kitbuqa untuk menyerang Mesir.

Akan tetapi khalifah Saifuddin Qutuz segera mengirim pasukan tentera keluar untuk menghalang dan akhirnya mereka bertemu di palestin. Terjadilah Pertempuran di kawasan Ain Jalut yang terkenal. Ketua panglima Perang Hulagu iaitu Kitbuqa dibunuh. ramai tentera monggol tewas dan terbunuh.

Pasukan Hulagu yang dikirim untuk membalas kekalahan dari bani Mameluk tetapi dihalang oleh Barke Khan yang merupakan saudara sebangsa namun beliau adalah muslim. Beliau yang menguasai wilayah Rusia dan Kaukasus yang sudah memeluk agama Islam dan bersahabat dengan Saifuddin Qutuz. tewasnya pasukan Hulagu Khan ditangan Barke Khan. 

Penakluk Baghdad

Selasa, 21 Disember 2010

Penakluk Jurusalem

Novel sejarah tokoh islam “Salahuddin Al-Ayubi” telah aku baca sebanyak 2 kali. Namun, aku masih ingin membacanya….. Novel tersebut banyak mengandungi nilai etika, kepimpinan, pengajaran, dan mesej yang disampaikan.

Sinopsis:
Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

Ringkasan:
Ada dua kesan yang menyebabkan Salahuddin dipandang sebagai kesatria sejati, baik oleh kawan maupun lawan:

Pertama adalah soal kepiawaiannya dalam taktik pertempuran. Kedua tentang kesolehan dan sifat penyayangnya.Pendidikannya juga seperti orang kebanyakan, mempelajari bidang agama, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri.

Tiada seorang pun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib, anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat!!!!!!!Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran hingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan.

Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerah kan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku”. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

Tawan Baitul Muqaddis

Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. Salib yang terpampang di “Dome of Rock” telah diturunkan.Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu. Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini.

Tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah.

…………….. dapatkan Novel Salahuddin Al-Ayubi, penulisnya Abdul Latip Talib. Sekian……..

Penakluk Agung: Salahuddin Al-Ayubi

Isnin, 20 Disember 2010

Penakluk Konstantinopel

19/12/2010, ahad, tepat jam 9.00 pagi, aku keluar dari tempat beradu semata-mata ingin mencari sebuah novel sejarah tokoh Islam “Muhammad Al-fateh. Aku beli edisi jimat berharga RM 13.00 sahaja… tidak rugi menghabiskan duit kerana ilmu…… tidak dihiraukan makan nasi hanya sekali sehari.. janji bacaan ni dapat aku miliki…. 

Siapakah Muhamamad Al-Fateh sehingga beliau dan tenteranya digelar sebagai “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera”? Baginda menaiki tahkta ketika berumur 19 tahun. Cendekiawan ulung pada zaman ini fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Baginda sentiasa bersifat tawadhuk dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama dan menteri terpaksa ikut sama bekerja.Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. 

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Untuk kisah selanjutnya… dapatkan buku Muhamad Al-Fateh penulisnya Abdul Latib Talib. tidak menyesal memilikinya….

Penakluk Konstantinopel.....

Jumaat, 17 Disember 2010

Tikam Kekasih


Kerana marah, semua boleh berlaku tanpa diduga. Kewarasan untuk berfikir tidak lagi diambil kisah, lalu mencari jalan penyelesaian dengan memusnahkan diri sendiri. Syaitan adalah musuh yang paling NYATA. Syaitan membisikkan jalan penyelesaian termudah, nafsu disegerakan untuk bertindak tanpa memikirkan benar atau salah. (Sukma Bintara)

KUANTAN: Berang selepas gagal mendapatkan nombor telefon baru bekas kekasihnya, seorang lelaki bertindak kejam apabila menikam lengan dan paha kiri gadis berkenaan sebelum melarikan motosikal mangsa dalam satu kejadian di Bandar Jengka, Maran, kelmarin.
Tindakan gila buruh berusia 28 tahun itu tidak berakhir di situ apabila dia meninggalkan mangsa yang berusia 23 tahun di tepi jalan mengerang kesakitan sebelum diselamatkan orang ramai yang menghantarnya ke hospital untuk menerima rawatan.


Difahamkan, pasangan kekasih berkenaan baru memutuskan ikatan cinta mereka kira-kira seminggu lalu membuatkan suspek yang masih tergila-gilakan mangsa hilang pertimbangan seakan-akan ‘gila talak’.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Syamsuri berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa baru keluar dari sebuah kedai makan menuju ke motosikalnya sebelum terserempak dengan bekas teman lelakinya.

Katanya, suspek terus mengekori mangsa hingga ke tempat letak motosikal di depan kedai makan berkenaan sebelum meminta nombor telefon barunya.


“Gadis yang bekerja sebagai jurujual enggan melayan pertanyaan itu terus meninggalkan suspek.

“Suspek mengejar mangsa dan mengarahkannya memberhentikan motosikal ketika tiba di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Noor Asyikin berkata, suspek berkali-kali meminta gadis berkenaan memberitahu nombor telefon barunya, namun mangsa tetap berkeras enggan berbuat demikian menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Berang selepas permintaannya ditolak, secara tiba-tiba suspek mengeluarkan pisau dan menikam lengan dan paha kiri bekas kekasihnya itu menyebabkan mangsa rebah berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian merayu meminta pertolongan lelaki berkenaan menghantarnya ke hospital mendapatkan rawatan dan suspek bersetuju menghantar bekas kekasihnya itu menaiki motosikal gadis itu.

“Ketika dalam perjalanan mangsa menyedari suspek tidak membawanya ke hospital sebaliknya ke destinasi lain menyebabkan gadis berkenaan terjun dari motosikal diboncengnya. “Menyedari keadaan berkenaan, suspek bertindak memecut motosikal milik bekas kekasihnya itu dan meninggalkan gadis terbabit mengerang kesakitan di tepi jalan,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya, mangsa diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil. Menurutnya, polis sedang giat memburu suspek dan identitinya sudah dikenal pasti.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Petikan dari Metro/Jumaat/17.12.2010

Khamis, 16 Disember 2010

Lucah Budak Resah

BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.
“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.

“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.

Nauzibillah

petikan Metro/ 16.12.2010/Rabu

Kerana Cinta

DOKTOR, saya amat malu dan rasa bersalah pada diri sendiri. Bermula sebagai gadis kampung yang lurus, saya kini berubah seolah-olah 'melacurkan' diri saya. Kisah tragis saya bermula dengan keindahan percintaan dengan bekas teman lelaki. Biarkan saya namakan dia sebagai A. Kata orang, cinta pertama begitu mengasyikkan dan penuh keindahan. Percintaan saya dengan A lima tahun lalu adalah saat-saat indah hidup hingga membayangkan dialah lelaki pertama dan terakhir hadir dalam hidup saya. Tetapi, saya diuji apabila A meninggalkan saya tanpa memberikan sebarang sebab dan alasan.

Saat itu, hancur luluh hidup saya. Dari jauh saya dengar A berkahwin dengan gadis pilihan keluarga. Kekecewaan dicampur dendam membara meliputi keseluruhan hidup dan saya bertekad akan mendapatkan kembali cinta A. Berita yang saya dengar, A tinggal bersama dengan isteri di rumah mentua. A juga seorang anak menantu yang baik dan sering terbabit dengan aktiviti sosial di tempat tinggalnya. 

Untuk pengetahuan Dr, saya dan A sama-sama menuntut di universiti. Kerana emosi kecewa dan penuh dendam ditinggalkan A, saya mengambil langkah menghubunginya kembali tanpa menghiraukan A beristeri dan mempunyai dua orang anak. Bayangkan Dr, daripada seorang gadis kampung yang tidak tahu cara-cara melakukan hubungan seks, saya 'bertukar rupa' menjadi gadis yang menjadikan seks sebagai cara mendapatkan A.

Saya berjaya membuatkan A kembali kepada saya sehingga kami beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu. A memberitahu saya dia tidak pernah mendapat layanan seks begitu indah daripada isterinya. Dr, saya tahu apa yang saya lakukan itu adalah berdosa. Walaupun dapat membuatkan A kembali, saya sedih kerana seolah-olah 'melacurkan' diri.

Saya juga marah pada diri kerana merosakkan kehidupan seorang lelaki yang taat dengan ajaran agama untuk melakukan zina. Walaupun masih mencintai A, saya malu dengan diri dan enggan merosakkan rumah tangga A.

Tolonglah Dr, saya tidak sanggup menanggung kesengsaraan kerana merasakan diri saya sangat hina.


KESAL
Kedah



TIDAK dapat dinafikan cinta yang tidak kesampaian akan membawa kepada perkara yang tidak selesai. Apatah lagi apabila ditinggalkan tanpa diberitahu punca kepada perpisahan itu. Walaupun, perasaan cinta amat indah, terlalu bergantung kepada kenangan dan keindahan cinta boleh merobekkan perasaan jika cinta musnah di tengah jalan. Apabila ditinggalkan terkapai-kapai, memang akan memberi kesan kepada orientasi berfikir dan tingkah laku seseorang seperti mana adik alami. Dr memahami perasaan hancur luluh itu.

Perasaan bersalah dan malu adik adalah langkah pertama untuk melihat kembali apa sebenarnya yang diingini dalam hubungan semula cinta dengan A. Jika merasakan perlu mendapatkan A semata-mata untuk menyelesaikan perasaan marah, kecewa dan dendam, tidak hairanlah adik merasa seolah-olah melacurkan diri.

Apatah lagi apabila adik menggunakan seks sebagai alat untuk mengikat A. Selain daripada terbabit dengan perkara dilarang agama, adik menghukum diri sendiri. Bermodalkan setitis kebencian di dalam hati, ia membuahkan penderitaan. Adik menanggung kesengsaraan kerana cinta kepada A bukan lagi atas sifat cinta sejati, tetapi lebih kepada keinginan untuk memenuhi perkara yang tidak selesai.

Kemungkinan juga A kembali kepada adik bukan kerana cintanya, tetapi kerana keseronokan seks yang dinikmati. Nilai semula matlamat adik untuk menjalin hubungan dengan A. Jika adik merasakan ia lebih membebankan sehingga menyebabkan merasa seperti melacurkan diri, lepaskan A kerana dia memiliki kehidupan berkeluarga.

Merosakkan kehidupan keluarga A memanjangkan lagi perkara yang tidak selesai dalam hidup adik. Penderitaan dan kesengsaraan adik akan berterusan. Adik perlu hilangkan segala kemarahan dan dendam kerana cinta sejati selalu ingin membahagiakan orang yang dicintai. Ini bermaksud tidak semestinya adik memiliki A untuk mencintainya.

Melihat A bahagia dengan keluarganya dan tidak melakukan perkara terkutuk dengan A adalah sebahagian daripada pengorbanan cinta sejati. Kalahkan kejahatan dengan kebajikan, kalahkan kesombongan dengan kejujuran.

Sekian….. petikan Metro/16.12.2010/Rabu

Pengasuh yang Kejam



Kepada pengasuh yang kejam !
Dikurniakan akal, tetapi tidak digunakan dengan sebaiknya.

Pengasuh yang kejam !
Kemana hilangnya sifat ihsan dalam diri ?

Rabu, 15 Disember 2010

Curang

ITU pengakuan berani William Cranston, 45, yang berasal dari Milton Keynes, Buckinghamshire, England ketika menghubungi operator ambulans selepas membunuh isterinya, Kay Morton, 39, yang curang bersama rakan baiknya, Paul Wilkins, 55 (usia masing-masing ketika kejadian).

Pada kejadian 7 September 2008, Cranston yang menjadikan bot sebagai kediamannya terjaga daripada tidur pada sebelah malam apabila dikejutkan dengan bunyi bising Kay dan Wilkins berasmara di atas sofa yang terletak hanya beberapa meter dari tempat tidurnya.

Akibat terlalu berang dengan kecurangan isterinya, Cranston gagal mengawal perasaan lantas mencapai pisau dapur dan menikam Kay dan Wilkins. Satu tikaman tepat mengenai jantung Kay, manakala Wilkins pula ditikam berkali-kali di dada.

Malam sebelum kejadian, Wilkins yang menetap bersama pasangan Cranston dengan anak mereka yang berusia tiga tahun ketika itu mengadakan parti dan bersuka ria bersama.

Cranston yang juga jurutera televisyen ketika menghubungi operator menegaskan, dia sangat marah apabila terjaga dan melihat isterinya curang dengan Wilkins.

“Saya sangat terkejut lalu mencapai pisau di sisi saya dan terus menikam mereka. Saya bagai tidak percaya apa yang berlaku, saya tidak percaya apa yang saya lakukan,” katanya.

Rabu. 15/12/2010. Harian Metro.


Selasa, 14 Disember 2010

Kes Buang Bayi Lagi !!!

Petikan Metro:

Oleh Ahmad Othman
am@hmetro.com.my
KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.

“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.

“Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri,” katanya.

Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Kami meminta bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan dan tiada tangkapan dibuat. Keterangan Lim juga sudah diambil dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi 07- 8837222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

SoNdOl PeLaJaRnYa..

Gambar hiasan semata-mata........

Guru Tuisyen Liwat Remaja
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohdiskandar@bharian.com.my
2010/12/14
Ambil kesempatan tayang video lucah, lakukan seks luar tabie

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang guru tuisyen di sini semalam, selepas disyaki melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwat remaja lelaki berusia 17 tahun.
Difahamkan, guru tuisyen berusia 30 tahun yang mengajar Matematik mengambil kesempatan terhadap pelajar itu dengan mengulangi gangguan seksual.

Bagaimanapun, rahsia guru terbabit terbongkar selepas remaja berkenaan menceritakan perkara itu kepada ibu bapanya kelmarin, sebelum membuat laporan di Balai Polis Skudai.

Laporan polis itu turut mendakwa guru tuisyen terbabit melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwatnya dua kali iaitu pada November 2008 dan Mei 2009.

Guru tuisyen itu juga didakwa pernah melakukan seks oral dan mengajar teknik beronani kepada remaja terbabit yang kini menamatkan pengajian di Tingkatan Lima.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Superintendan Akhir Ishak, ketika mengesahkan perkara itu berkata suspek ditahan di kediamannya di Skudai, kira-kira jam 11 pagi.

“Berdasarkan laporan polis, remaja berkenaan mula menghadiri kelas tuisyen Matematik kelolaan guru terbabit sejak empat tahun lalu.

“Remaja itu berusia 13 tahun ketika mengikuti kelas tuisyen berkenaan, tetapi polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan kesahihan dakwaan terbabit,”
katanya.

Akhir berkata, guru tuisyen terbabit kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan sebat.

Ya Allah~~~ untuk perkongsian dengan pembaca…..sekian….Nauzubillah…

Isnin, 13 Disember 2010

Kritik Arjuna


Kritik: Tajuk drama mestilah kita selidiki. Contohnya drama di siaran tv3 iaitu ARJUNA yang terang-terangan mengguna Istillah nama “DEWA HINDDU”, sebagai tajuk drama bersiri. Keseluruhan pelakon adalah beragama Islam. Apa hukumnya mendewakan tuhan agama lain ?

Jumaat, 10 Disember 2010

CERITA WANITA!


Wanita solehah,
Wanita solehah,
Wanita solehah aurat dijaga,
Maka tertutuplah aib dan maruah dirimu…..
Adakah tidak malu dirimu mendedahkan aib sendiri?

Pasti dirimu mengatakan “ya Malu". Dibibir bukan dihati, bagi wanita yang masih kabur dengan ruang kehidupannya.

Pergaulan dipagari bukan dipenjarakan,
perbualan dibataskan, agar elok perilaku.
Bebasnya kamu dengan satu ikatan iaitu perkahwinan.

Keayuan wanita solehah,
tidak terletak pada kecantikan rupa parasmu.
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya pujuk rayu.
Daya penarik wanita solehah itu,
bukan pada kemanisan bicaranya yang lunak, atau 
bermain kata-kata.Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. KAMU diberikan pilihan!

Kahwin + Team Building

Sabtu, bertarikh 4 disember 2010, kami geng Team Building BPK menghadiri Majlis perkahwinan Puan Hanisah Abdul Rahman. Tepat pada pukul 1.30 tengahari, sampai kami ke tempat destinasi yang dituju, perkara yang mesti kami dilakukan adalah mengisi perut dengan nasi dan juadah perkahwinan.

Aktiviti-aktiviti dipihak Team Building BPK:
-Makan nasi… kenyang…..
-Makan lauk banyak… sedap…
-Makan cendol… uuhh… sejuk…
-Makan ais-krim… best…. 2 kali rasa pasti nak lagi…
-Bergambar reramai gan pengantin…..

Senarai Kehadiran Yang Hadir:
1.Dato Syeih
2.Dr.Nor
3.Mat Blogger
4.Minah Muncung
5.Haz Uhuk
6.Kak Melissa
7.Mama Jun
8.Mat Kaki Bahan
9.Pemandu Ensem
10.Kak Mas
11.Fasha Sendat
12.Ili nurfaghah
13.Kak Nyum-Nyum

Senarai Tidak Hadir:
1.Mat Rentung (balik kampong)
2.Chop/ Mat Fotoshop (balik kampong)
3.Kak Ina (Balik Kampong)
5.Dia.. siapa? (bz….)

“Ucapan Kami… Semoga Bahagia Dunia Dan Akhirat…..” Sekian…..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...