Geng Warung Pak Jabit

Ahad, 31 Oktober 2010

Salju Cinta


Dunia ini tempat persinggahan, bukan tempat tinggal abadi. Manusia di dunia ini terbahgi kepada dua, pertama ialah orang menjual dirinya kepada hawa nafsu dan musnah kerananya. Kedua ialah manusia yang membeli dirinya dan mampu membebaskannya. (Imam Ali bin Abi Talib).

Kita sering tersenyum bahagia, namun hati kita gambarannya. Oleh kerana sikap hormat, keterpaksaan dalam suatu pekerjaan dan kerana harta, kita sering berlakon untuk terus tersenyum walau hati kita sering menjerit pilu. Terlalu mudah bagi kita untuk mengorbankan harga diri pada sesuatu yang kita inginkan hingga kita lupa soal hati yang menjerit meminta pertimbangan. Ya, kita selalu mengenakan topeng di wajah kita sendiri.

Marilah kita menyelami kenyataan bahawa ramai yang tewas dalam pertempuran melawan diri. Inilah hakikat kehidupan sebahagian dari kita. Adakalanya pilihan hati dan jalan yang dipilih agak mengelirukan. Hal ini di ibaratkan tuntutan hati menguasai tuntutan akal. Kita sering mengejar kemewahan dan kesenangan yang adakalanya kita tahu ianya bakal menghancurkan kita jika disalahgunakan. Kerja, rumah tangga dan masyarakat hanyalah fenomena sampingan dalam kehidupan kita dalam mengejar kekayaan tersebut.

Hakikatnya, ramai yang tenggelam dalam usaha dan kerja namun tidak merasa tenang dengan kehidupannya. Mengapa ini terjadi? Mungkin ia berpunca dari masalah psikik dan rohani atau penjiwaan dan pemahaman kehidupan itu sendiri menyebabkan manusia sering berasa tidak puas dengan apa yang dimilikinya. Atau mungkin juga disebabkan oleh sifat tamak semulajadi seseorang itu dalam mengejar harta untuk memenuhi nafsu meterialistik.

“pilihan tidak semestinya terjadi, ianya sebagai jalan dan sebenarnya jalan keterpaksaan inilah yang telah dipilih sendiri!” “ hentikan lakonan, janganlah hipokrit yang menyeksa diri. Pilihlah jalan hidup yang mampu memberi ketenangan bagi kita di dunia dan akhirat. Inilah ungkapan dan kata hati Balqis, seorang wanita  Johor yang bekerja sebagai penolong pengurus disebuah kilang elektronik.

Balqis menyendiri dan termenung keseorangan, tiada teman disekelilingnya. Waktu sebegini memang asyik baginya, dan dia mengambil peluang keemasan bagi mentafsirkan kehidupannya. Sepuluh minit berlalu, datang seorang pemuda, Aiman nama gelarannya, yang juga rakan sekerjanya. Aiman menatap wajahnya yang seketika duduk di hadapannya. Ada garis kegundahan di wajahnya. Garit-garit kesedihan jelas terbayang di wajahnya. Suaranya agak susah untuk diluahkan. Akhirnya Aiman yang memulakan bicara, bicara yang merupakan pertanyaan.

Aiman: “Balqis, mengapa ni? Saya melihat kamu memikirkan sesuatu yang membebankan kamu? Jelaskan kepada saya, andai saya dapat bantu kamu.”

Balqis: Emm..biasalah Aiman,entahla, inilah cabaran hidupku yang perlu ku tempuhi. Ada waktu ketikanya kita suka dan duka, gembira dan sedih. Kegembiraan yang dirasai mungkin sewaktu bekerja, bersama rakan-rakan serta gembira boleh mencari wang dari hasil titik peluh sendiri, tidak lagi mengharapkan pemberian orang tua. Itulah yang mengembirakan saya. Tapi Aiman, tak nafikan disebalik senyuman kegembiraan ada juga yang membuatkan hati saya gundah dan terseksa. Apapun, semua harus ditempuhi, kan Aiman?

Aiman: Saya sudah mendengar masalah yang kamu hadapi. Tapi jadilah diri kamu yang sebenarnya. Usah takut akan hal kebenaran. Usah difikirkan soal desakan atau paksaan, jangan dibiarkan hati memberontak dengan keadaan bibir kamu mungukir senyuman, perteguhkan jiwa dan hati kamu dalam membuat keputusan. Balqis, jangan gusar dalam meneruskan kehidupan ya! Adakalanya, masalah dan ujian itu menjadikan kita lebih tinggi darjatnya disisi Allah. Apa jua yang kamu rungkai di benak fikiranmu, pasti Allah lebih memahami dan mengerti, Dia yang mencipta kamu, dari alam roh kita telah bersaksi dihadapan Allah dengan perjanjian dan keterikatan kita menjadi hamba Allah yang taat setia padaNya.

“Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah kesudahan segala urusan.” (Surah Luqman: 22)

Karya ringkas sukma. Masa:11.51 malam

Gomo Kelate Gomo vs Hobin Jang Hobin (2010)

Pada 30/10/2010, hari Sabtu, pertemuan pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil (Final Piala Malaysia 2010).


Sabtu, 30 Oktober 2010

Gas Kenikmatan. Anda Rasa, Anda Suka.


Kentut ialah satu sifat yang murni dan baik. Ianya juga satu kenikmatan yang paling hot apabila bangun pagi, lepas makan, berlari, duduk menyendiri jika dilepaskan angin tersebut. Kelegaan datang dari hati dan fikiran menjadi tenang. 
 ..........................................................
Anda boleh membuangnya dimana2, tapi ada tips2 supaya kegiatan kentut tidak diketahui umum. Inilah rahsia penting yang anda harus ketahui. ILmu itu luas, bukan fizik, bukan ekonomi, bukan bahasa, bukan sejarah tapi inilah ilmu sosial. Jom kita lihat tips cara kentut yang bagus. Haha
............................................................
Office: Diawal pagi biasanya pekerja ofis datang seawal yang mungkin. Disinilah terjadinya hal2 lepas kentut setelah perut yang segar tidak dimasukkan makanan. Kebiasaannya, mereka akan duduk ditempat masing-masing. Setelah duduk, angin mula bergelora dalam perutnya. Tips untuk melepaskan kentut diwaktu itu ialah duduk dengan merapatkan paha kanan dan kiri supaya bertemu kedua paha tersebut, jika keseorangan, ambil baju kot atau ape2 tutup paha supaya haruman kentut anda tidak merebak ditempat rakan sekerja. Dan lepaskan…. Ahhh….
 .......................................................................................
Dalam bas: Amat mudah jika dalam bas, ditempat ramai, anda hanya memerlukan muka yang tebal. Hati yang kuat. Mental dipersiapkan. Dan lepaskan dengan cara bersahaja dan santai. Hati mengatakan lega… aaahh… cukup.. jika berbau, itu perkara normal, pegang prinsip, orang yang sihat ialah kentut yang aktif. Haha.
 .............................................................................................
Pusat membeli belah: Ditempat sebegini amatlah memudahkan keinginan pelepasan hajat gas beracun. Caranya sambil jalan dan lenggang lenggok dan lepas, orang kat belakang yang rasa loya.. ok la tu.. Daripada bau rokok yang penuh racun dan kimia, lebih baik haruman kentut anda kan, tiada racun, tiada kimia berbahaya malah menyegarkan suasana persekitaran. Logikkan. Inilah masyarkat kita, melihat bau kentut sangat buruk, tapi bau rokok boleh pula, sedangkan merbahaya kepada kesihatan penghidunya.

Karya digocoh sukma. Semoga rakan diluar sana menilai dan menghargai kentut. Haha. Ceria selalu. 11.45 pagi. Sekian, Terima Kasih.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Hidup Sihat Besama Perut Ku.. haha



Gemuk… adalah suatu ungkapan dan perkataan yang sensitive apabila didengari oleh wanita mahupun lelaki. Tapi perkataan ni lebih sensetif apabila si gadis mendengarnya sehingga kesan mereka menjadi kepada “stress”. Perkataan gemuk mengikut suasana dan persekitaran adalah berbeza. Pelbagai istillah yang digunapakai oleh setiap individu. Sepertimana ungkapan Si Buntal, Gendol, Buncit, Gempal, Bosar, Lemak, Boroi, dan bermacam-macam lagi. Kita lihat perbezaan tiap ungkapan tersebut. Jom!!! Jom!!!
.........................................................................
1. Si Buntal ialah seorang yang perut buncit ke depan, ketiak basah, pipi besar hingga kulit jatuh ke bawah, ketinggian nye pendek. Anda ke? hahaha.
2. Gendol ialah seorang yang berbontot besar, pipi cengkung dan perut ke depan bersama pusat yang luas. Anda ke? hahaha
3. Buncit ialah seorang yang berperut besar ke depan beserta paha yang tebal. asyik kepenatan jika kerja banyak, sering hembus nafas dengan laju, dan seorang yang pelawak. Anda ke? hahaha
4. Bosar ialah seorang yang bosar semua benda, termasuk idung yang luas, gigi yang besar, pipi yang tembam, mata yang bulat dan suke melepaskan angin ditempat tersorok. Anda ke? haha
5. Boroi ialah seorang perut dan bahagian ketiak menjadi semakin tebal berinci-inci, punggung jatuh kebawah akibat tekan angin yang kuat, sekali kentut, semua terkejut. kalau di sampaing suami atau isteri pasti romantik. Anda je? hahaha…
Sekian dari Sukma…8.30 malam. semoga sahabat berada dalam hati yang tenang dan ceria… hehe

Nasib Jaguh Jalanan

.....................................................................................................
Nasib… sungguh nasib…dikurniakan jiwa dan roh… disertakan dengan jasad…. Ini penghabisannya. Kematian yang sering diungkapkan dengan suatu definasi yang amat menakutkan. Tapi lainnya dengan kehidupan rempit yang tersepit. Soal mati tidak diambil peduli, malah tidak menghargai kurniaan dan anugerah Allah yang selama ini diberikan pada mereka. Sedar tidak sedar, kesudahan kehidupannya dengan kematian yang sebegini… Berbanggalah insan yang mati dalam keadaan syahid dijalan Allah SWT dan berbahagialah insan yang kesudahan matinya dengan amalan soleh.
..............................................................................
 Kematian bukan suatu ilusi atau fantasi, ia tetap juga menjemput walau cuba menghindarnya. sepertimana Allah menyatakan dalam firmanNya iaitu: “Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Jum’ah :62)
........................................................................................
Kesimpulannya, berfikirlah sebelum mencuba, mencubanya dengan berfikir, andaikata terbit fajar menyinsing di pagi hari, terbenam juga si mentari merah memadamkan semesta dunia. Sekian. Terima Kasih.
.........................................................................................
Karya dicogoh sempena hari jumaat, 2.30 petang.

Khamis, 28 Oktober 2010

Keaslian Kecantikan


JANGAN PAKAI MAKEUP YANG TEBAL !

ROSAK MATA AKU MELIHATNYA.

:-) :-0

Kenikmatan lima minit



Oh....
Lega.....
Inilah rumah....
Inilah bank....
Jika tiadanya...
Sukarlah kehidupan....
Sakit diperut....
Hilang..
Dikau... jamban..

Kalbu Balqis

Cemburu???? Ahhh...... itu hanya perasaan yang dilanda emosi”, berkata Balqis dalam hatinya. Balqis meluru ke sebuah meja kecilnya, ditatapnya sebuah buku penulisan Prof Hamka. Sambil membaca, dia meneguk segelas air milo yang baru dibancuhnya, mencapai sebatang pen di sudut kiri mejanya, dan mencatat isi penting di dalam buku tersebut.
Pembacaannya sambil memikirkan keadaan dirinya, keluarganya, pasangannya dan sahabat-sahabatnya. Penuh dengan khayalan dibenak fikirannya. Perkara manis dicampuradukkan dengan kepahitan laluan kehidupannya.
Sungguh tidak kusangka, Allah memberikan nikmat yang sekian banyaknya kepadaku”, “Dari nikmat pertama kepada nikmat yang kedua, kedua dan ketiga, ketiga dan keempat, wah, banyaknya!”, kata Balqis. Sebagai bukti Al-Quran menjelaskan iaitu:
“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah An Nahl : 18).
Terukirlah senyuman Balqis dibibir manisnya, akal dan hatinya mula merasai kemurahan dan kasih sayang Allah. Terima kasih.........
Karya digocoh terus oleh Sukma~~ sekian. Time 10.40 malam

Tido Dengan Mayat Bini !!!!

Umi comel~~~


umi....
wajahmu,,,,
gerak lakumu,,,,
kata tuturmu,,,,
tinggi pribadimu,,,,

umi………
kasih sayangmu,
pengorbananmu,
tak terucap,
dengan kata-kata,

(Jam:2:14 Pagi)
Ditujukan kepada:- umi (Rashidah binti Daud)

Panglima Nusantara dalam Kenangan



Pendekar,
Berdiri tegak,
Menghunus senjata,
Langkah pendekar,
Diatur dengan
gaya,
Gaya dengan bunga,
Bunga dengan seni,
Lakumu megah perkasa.
Pendekar,
Tiada takut tiada gentar,
Musuhmu dihadapan, kanan dan kiri,
Berundur tiada selangkah.
Pendekar,
Jika kemenangan milikmu,
Kebanggaan bagimu.....
Jika kekalahan buatmu,
tewasmu, tiada malu tiada pilu,
Kerna maruah bangsa negara
Terlaksana.

(Jam:6:32Petang)

Ditujukan kepada tokoh terbilang:- Tok Janggut

Panglima Dunia


Panglima
berdiri tegak megah perkasa,
gengamannya padu merah membara,
suara bergema mengegarkan dunia,
pasti hebat,
pasti kuat,
Sri Panglima.
Suruh al-kahfi bukti segalanya,
ketokohanmu,
kepimpinanmu,
menguasai dunia
selatan dan timur
utara dan barat
Panglima,
kini kau lagenda,
terlekat disanubari saudaramu,
menjadi panduan dan teladan
masa hadapan.

(Jam:10:24 Malam)
Ditujukan kepada tokoh terbilang:- Iskandar Dzulkarnain

Rasul

Wahai rasul,
Cahaya dunia malam gelita,
Menerangi umatmu,
Diwaktu duka dan lara,
Diwaktu kesesatan menjelma...
Wahai rasul,
Dalam kamus hidupmu,
Keperitan,
Kepayahan,
Dan
Pengorbananmu, telah kau tempuhi,
Dalam menegakkan
Agama,
Islam!!!!!!
(Jam:5:45 Petang)

L.TM: Lafaz Bintara


Leftenan Muda Nor Muhamad bin Mat Zain.


R.A.M.D
Bertubuh sasa teguh berdiri,
Di hutan rimba si manusia perkasa,
Di langit biru si manusia panglima,
Menguasai bumi semesta.

R.A.M.D
Dari pelusok bumi,
Ke kaki langit,
Menuju gagah si besi waja,
Berhadapan musuh yang pasti,
Tanpa gerun tanpa gentar,
Tak sekali berputih mata.

R.A.M.D,
Dari rajimen ke unit,
Dari unit ke pangkat,
Dari pangkat ke pangkat,
Jeneral tertinggi,
Prebet dibawah,
Leftenen ditengah-tengah,
Dalam dunia kasta ketenteraan.

R.A.M.D,
Penguasaan Sarjan kuasai syeksen,
Leftenan kuasai platun,
Majer kuasai kompeni,
Gandingan titisan darah pekat
Merah mengalir.

R.A.M.D,
Senjata M16 gula-gula manismu,
Peluru makanan istimewamu,
Greened buah tanganmu,
Pisau belati tanda sri kandimu.

R.A.M.D,
Dikau bintara darjah setia perkasa,
Gugur syahid si gagah setia,
Batu peringatan terukir nama,
Duat agama, bangsa dan negara.

Nukilan Pada
(14.3.2009)
(Jam:5:24 Petang)

Rabu, 27 Oktober 2010

Ratu Bidadari...

Sering kali hati dilanda keresahan, kegelisahan, dan kesedihan. Allah tetap bersama. Aiman menuju ke kamarnya, lalu baring dikamar empuknya. Melihatnya, penuh rasa keselesaan diruangan wajahnya,tapi hatinya, bagaimana? Berkata Aiman “ Allah Maha Mendengar isi hatiku, walau sekecil zarah pun, aku hambanya, pasti Dia menyayangiku”.

Terbukti sepertimana dalam Al-Quran iaitu Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya". Nisa':40.

Aiman menarik nafas dalam-dalam, dihebus perlahan-perlahan, terasa tenteram hati dan jiwanya. Berkelip-kelip matanya melihat kipas yang berputar-putar, lantas fikirannya memberikan jawapan “ sepertimana kehidupan, seperti kipas yang tidak henti-henti berpusing, inilah kehidupan, andai ku matikan suisnya, terhentilah kipasnya, maka akhir kehidupan ialah MATI”. Semangat Aiman kembali bangkit, “aku mesti meneruskan kehidupan ini, Ya Allah, kau redhalah kehidupanku......

Karya digocoh dgn hati Sang Bunian~~~ 10.50 malam

kau lemah, Dia terhebat


Bomoh... dengar sebutan bomoh.... akal terus mentafsirkan, keunggulannya dan kewibawaannya dalam mengubati penyakit, masalah, dan seumpamanya. Manusia sering mengatakan “ hebatnya bomoh ni, perkara ghaib pun dia tau, ada hantu dari Iran, bala akan menimpa, kesusahan akan timbul dikala mentari fajar menyinsing, ada rezeki akan datang, wah, hebat?”

Duhai teman, tiap perkataan yang timbul dibibir kamu boleh mengundang tergugurnya syahadah Lailahaillallah (Syirik). Kehebatan, kekuatan, daya upaya, rezeki, ujian dan malapetaka hanya datang dari kuasa Allah. Dengan itu, perteguhkan diri dengan tauhid kepada Allah. Perkara asas mengenal Allah adalah dengan mempelajari 20 sifat Allah. Di situ, terkandung tauhid jitu kepada Pencipta Bumi semesta. Seperi contoh sifat wajib bagi Allah iaitu “Kudrat” bererti Kuasa. Maka sifat mustahil bagiNya ialah “Lemah”. Jelas disini, manusia hanya lemah. Tertunduklah Jiwa Manusia !

Bomoh Terlampau 2020

Bomoh Nusantara 2010



Selasa, 26 Oktober 2010

HERO




JADILAH HERO SEJATI. USAH JADI HERO DIBELAKANG TABIR. HERO PADA MASA SEKARANG BUKAN LAGI KEKUATAN FIZIKAL, TETAPI KEKUATAN DAYA FIKIR. 

Ahad, 24 Oktober 2010

Fikirkanlah Duhai Akalku

Iman bererti Percaya, Islam yang bereti Menyerah dengan Segala Senang Hati dan Rela, timbulnya setelah akal itu sendiri sampai kepada hujung perjalanan yang masih dapat dijalaninya. Oleh sebab itu, maka bertambah tinggi perjalanan akal, bertambah banyak alat pengetahuan yang dipakai, pada akhirnya bertambah tinggi pulalah martabat Iman dan Islam seseorang.

Nabi Muhammad s.a.w pernah mengatkan “ Agama itu ialah akal. Dan tidak ada agama pada orang yang tidak berakal”.

Maka Iman atau Islam yang hanya dipusakai atau hanya dikerjakan kerana turut-turutan, belumlah tentu kesempurnaannya. Meskipun bagaimana teguhnya mereka memegang segala pokok agama, maka pegangan itu mudahlah lepasnya, kerana pertahanan tidak ada didalam lubuk kesedaran jiwanya sendiri. Seumpama orang kampung di dalam masyarakat mereka yang agama telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya sehari-hari tiba-tiba pindahlah dia ke kota. 

Maka kian sehari kian tinggal akan prinsip agama itu daripada dirinya, kerana orang di kiri kanannya sudah berubah sama sekali daripada yang dipergaulinya dahulu. Hal ini disebabkan agama dikerjakan hanya kerana turut-turutan.
Renung-renungkan bersama.

Perasaan, Fikiran dan Kemahuan



Sahabat-sahabatku, disini aku ingin berkongsi dengan anda semua perihal sifat manusia. Penulisan ini telah ku perhatikan menerusi sebuah kitab penulisan Prof Hamka. Pelbagai falsafah yang terkandung di dalam bukunya “Falsafah Ketuhanan”. Lihat dan hayati penulisan di bawah:






Menurut penyelidikan ahli Ilmu Jiwa, jiwa manusia mempunyai tiga sudut yang penting di dalam menghubungkan diri dengan alam. Pertama perasaan, kedua fikiran dan ketiga kemahuan. Katanya, apabila persaan kita lebih terkemuka dari antara ketiga sudut ini, maka kita akan menjadi seorang Seniman. Apabila fikiran yang lebih terutama, nescaya kita akan menjadi seorang Filsuf. Dan jika kemahuan (Iradat) yang lebih terkemuka, inilah alat bahawa orangnya akan menjadi Pahlawan atau seorang Pemimpin yang terkemuka dalam bangsanya atau seorang Ahli Agama yang membawa pembaharuan.

Maka apabila kita cenderung ke dalam seni dan keindahan (estetika), cubalah rasai adanya Allah di dalam keindahan alam. Fikirkanlah, siapakah dan apakah kekuatan atau tenaga yang menyebarkan keindahan ini, sehingga Nampak segala sesuatu dengan tersusun dan teratur?

Bomoh ke Bengong?



BOMOH memijak seorang kanak-kanak yang menghidap selesema.

NEW DELHI: Seorang lelaki `suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak-kanak selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema.
Jamun Yadav, 50, memberitahu polis, kuasa kesucian Hindunya membolehkan dia memindahkan tenaga saktinya menerusi tapak kakinya.Dia juga mendakwa kuasanya membolehkan dia mengubati semua penyakit di Katihar, timur India.
Jurucakap polis, Santosh Singh berkata: “Kejadian itu sungguh memeranjatkan, kami sudah menangkap lelaki itu. Orang ramai tidak tahu bagaimana dia merawat pesakitnya apabila mereka bersetuju membenarkan dia mengubat anak mereka.“Dia mendakwa tidak memerlukan sebarang pembelaan di mahkamah atas alasan dia bercakap untuk Tuhan.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Keistimewaan dan Kelebihan Si Hawa


Perkongsian dengan sahabat sekalian. Saya terbaca sebuah artikel yang mengatakan tentang perihal wanita. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, keistimewaan wanita terlalu banyak jika dihitungkan. Inilah kemurahan dan kasih sayang Allah yang telah dikurniakan kepada hambanya yang memegang status sebagai wanita~~ oleh itu, jadilah wanita solehah… anda pasti berbahagia suatu saat nanti. (Sukma Bintara)

1. Doa Wanita Lebih Makbul Daripada Lelaki Kerana Sifat Penyayang Yang Lebih Kuat Daripada Lelaki. Ketika Ditanya Kepada Rasulullah S.A.W. Akan Hal Tersebut, Jawab Baginda: "Ibu Lebih Penyayang Daripada 
Bapa dan Doa Orang Yang Penyayang Tidak Akan Sia-Sia."

2. Wanita Yang Salehah (Baik) Itu Lebih Baik Daripada 70 Orang Lelaki Yang Soleh.

3. Barang Siapa Yang Menggembirakan Anak Perempuannya, Darjatnya Seumpama Orang Yang Sentiasa Menangis Kerana Takutkan Allah S.W.T. Dan Orang Yang Takut Akan Allah S.W.T. Akan Diharamkan Api Neraka Ke Atas Tubuhnya.


4. Barang Siapa Yang Membawa Hadiah (Barang Makanan Dari Pasar Ke Rumah) Lalu Diberikan Kepada Keluarganya, Maka Pahalanya Seperti Bersedekah. Hendaklah Mendahulukan Anak Perempuan Daripada Anak Lelaki. Maka Barang Siapa Yang Menyukakan Anak Perempuan Seolah-Olah Dia Memerdekakan Anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita Yang Tinggal Bersama Anak-Anaknya Akan Tinggal Bersama Aku (Rasulullah S.A.W.) Di Dalam Syurga.

6. Barang Siapa Mempunyai Tiga Anak Perempuan Atau Tiga Saudara Perempuan Atau Dua Anak Perempuan Atau Dua Saudara Perempuan, Lalu Dia Bersikap Ihsan Dalam Pergaulan Dengan Mereka Dan Mendidik Mereka Dengan Penuh Rasa Takwa Serta Bertanggungjawab, Maka Baginya Adalah Syurga.

7. Daripada Aisyah R.A. "Barang Siapa Yang Diuji Dengan Sesuatu Daripada Anak-Anak Perempuannya, Lalu Dia Berbuat Baik Kepada Mereka, Maka Mereka Akan Menjadi Penghalang Baginya Daripada Api Neraka.
8. Syurga Itu Di Bawah Telapak Kaki Ibu.

9. Apabila Memanggil Akan Engkau Dua Orang Ibu Bapamu, Maka Jawablah Panggilan Ibumu Dahulu.

10. Wanita Yang Taat Berkhidmat Kepada Suaminya Akan Tertutup Pintu-Pintu Neraka Dan Terbuka Pintu-Pintu Syurga. Masuklah Dari Mana-Mana Pintu Yang Dia Kehendaki Dengan Tidak Dihisab.

11. Wanita Yang Taat Akan Suaminya, Semua Ikan-Ikan Di Laut, Burung Di Udara, Malaikat Di Langit, Matahari Dan Bulan, Semuanya Beristighfar Baginya Selama Mana Dia Taat Kepada Suaminya Dan Direkannya (Serta Menjaga Sembahyang Dan Puasanya).

12. Aisyah R.A. Berkata "Aku Bertanya Kepada Rasulullah S.A.W., Siapakah Ang Lebih Besar Haknya Terhadap Wanita? Jawab Baginda, "Suaminya." "Siapa Pula Berhak Terhadap Lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W."Ibunya."

13. Perempuan Apabila Sembahyang Lima Waktu, Puasa Sebulan Ramadan, Memelihara Kehormatannya Serta Taat Akan Suaminya, Masuklah Dia Dari Pintu Syurga Mana Sahaja Yang Dia Kehendaki.

14. Tiap Perempuan Yang Menolong Suaminya Dalam Urusan Agama, Maka Allah S.W.T. Memasukkan Dia Ke Dalam Syurga Lebih Dahulu Daripada Suaminya (10,000 Tahun).

15. Apabila Seseorang Perempuan Mengandung Janin Dalam Rahimnya, Maka Beristighfarlah Para Malaikat Untuknya. Allah S.W.T. Mencatatkan Baginya Setiap Hari Dengan 1,000 Kebaikan Dan Menghapuskan Darinya 1,000 Kejahatan.

16. Apabila Seseorang Perempuan Mulai Sakit Hendak Bersalin, Maka Allah S.W.T. Mencatatkan Baginya Pahala Orang Yang Berjihad Pada Jalan Allah S.W.T.

17. Apabila Seseorang Perempuan Melahirkan Anak, Keluarlah Dia Daripada Dosa-Dosa Seperti Keadaan Ibunya Melahirkannya.

18. Apabila Telah Lahir (Anak) Lalu Disusui, Maka Bagi Ibu Itu Setiap Satu Tegukan Daripada Susunya Diberi Satu Kebajikan.

19. Apabila Semalaman (Ibu) Tidak Tidur Dan Memelihara Anaknya Yang Sakit, Maka Allah S.W.T. Memberinya Pahala Seperti Memerdekakan 70 Orang Hamba Dengan Ikhlas Untuk Membela Agama Allah S.W.T.
20. Seorang Wanita Solehah Adalah Lebih Baik Daripada 70 Orang Lelaki Soleh.
21. Seorang Wanita Yang Jahat Adalah Lebih Buruk Daripada 1,000 Lelaki Yang Jahat.
22. 2 Rakaat Solat Dari Wanita Yang Hamil Adalah Lebih Baik Daripada 80 Rakaat Solat Wanita Yang Tidak Hamil.
23. Wanita Yang Memberi Minum Susu Kepada Anaknya Daripada Badannya (Susu Badan) Akan Dapat Satu Pahala Daripada Tiap-Tiap Titik Susu Yang Diberikannya.

24. Wanita Yang Melayan Dengan Baik Suami Yang Pulang Ke Rumah Di Dalam Keadaan Letih Akan Mendapat Pahala Jihad.

25. Wanita Yang Melihat Suaminya Dengan Kasih Sayang Dan Suami Yang Melihat Isterinya Dengan Kasih Sayang Akan Dipandang Allah Dengan Penuh Rahmat.

26. Wanita Yang Menyebabkan Suaminya Keluar Dan Berjuang Ke Jalan Allah Dan Kemudian Menjaga Adab Rumah Tangganya Akan Masuk Syurga 500 Tahun Lebih Awal Daripada Suaminya, Akan Menjadi Ketua 70,000 Malaikat Dan Bidadari Dan Wanita Itu Akan Dimandikan Di Dalam Syurga, Dan Menunggu Suaminya Dengan Menunggang Kuda Yang Dibuat Daripada Yakut.

27. Wanita Yang Tidak Cukup Tidur Pada Malam Hari Kerana Menjaga Anak Yang Sakit Akan Diampunkan Oleh Allah Akan Seluruh Dosanya Dan Bila Dia Hiburkan Hati Anaknya Allah Memberi 12 Tahun Pahala Ibadat.

28. Wanita Yang Memerah Susu Binatang Dengan "Bismillah" Akan Didoakan Oleh Binatang Itu Dengan Doa Keberkatan.

29. Wanita Yang Menguli Tepung Gandum Dengan "Bismillah", Allah Akan Berkatkan Rezekinya.

30. Wanita Yang Menyapu Lantai Dengan Berzikir Akan Mendapat Pahala Seperti Meyapu Lantai Di Baitullah.

31. Wanita Yang Hamil Akan Dapat Pahala Berpuasa Pada Siang Hari.

32. Wanita Yang Hamil Akan Dapat Pahala Beribadat Pada Malam Hari.

33. Wanita Yang Bersalin Akan Mendapat Pahala 70 Tahun Solat Dan Puasa Dan Setiap Kesakitan Pada Satu Uratnya Allah Mengurniakan Satu Pahala Haji.

34. Sekiranya Wanita Mati Dalam Masa 40 Hari Selepas Bersalin, Dia Akan Dikira Sebagai Mati Syahid.

35. Jika Wanita Melayani Suami Tanpa Khianat Akan Mendapat Pahala 12 Tahun Solat.

36. Jika Wanita Menyusui Anaknya Sampai Cukup Tempoh (2 1/2 Tahun), Maka Malaikat-Malaikat Di Langit Akan Khabarkan Berita Bahawa Syurga Wajib Baginya.

37. Jika Wanita Memberi Susu Badannya Kepada Anaknya Yang Menangis, Allah Akan Memberi Pahala Satu Tahun Solat Dan Puasa.

38. Jika Wanita Memijit Suami Tanpa Disuruh Akan Mendapat Pahala 7 Tola Emas Dan Jika Wanita Memijit Suami Bila Disuruh Akan Mendapat Pahala 7 Tola Perak.

39. Wanita Yang Meninggal Dunia Dengan Keredhaan Suaminya Akan Memasuki Syurga.

40. Jika Suami Mengajarkan Isterinya Satu Masalah Akan Mendapat Pahala 80 Tahun Ibadat.

41. Semua Orang Akan Dipanggil Untuk Melihat Wajah Allah Di Akhirat, Tetapi Allah Akan Datang Sendiri Kepada Wanita Yang Memberati Auratnya Yaitu Memakai Purdah Di Dunia Ini Dengan Istiqamah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...