Sempena tahun baru cina ni, cuti 4 hari dibekalkan kepada semua penjawat awam mahupan pekerja swasta… lama tu.. Otak gua terus berfikir mencari pelan bagi mengisi masa lapang yang bakal gua hadapi…. Gua ada pelan nak kuar pegi ronda-ronda kawasan terpencil sambil membawa kamera DSLR. Inilah yang dikatakan Para Normal Activity…. Penuh misteri…
Aktiviti dalam mencari hantu, naga dan pelesit kota bukan suatu perkara yang mudah dan senang.. Macam2 jenis hantu yang pernah gua temui… pernah suatu ketika gua temui hantu toyol kat pasar malam.. Hanya berbekalkan iman dan takwa je.. Masakan tidak, toyol tu hanya mengenakan skirt mini dan baju ketat sendat.
Pernah gua temui gan Pontianak… penuh senyum tawa….... Adakah penyembuh luka bagiku.. Atau penyiksaan batin bagiku.. Oh… inilah hantu kota dunia terpencil..
Pernah gua temui gan makhluk naga berapi.. Kerisauan menyelubungi diri gua.. Watak dan perwatakan makhluk itu amat luar biasa.. Rambut dipacak tinggi2… warna hijau, kuning, kelabu taik anying, ungu dan bermacam-macam. Suatu masa, gua pernah tecicir duit dihadapan mereka, namun, keberanian gua terbatas.. Si naga tu merampas duit gua yang jatuh tercicir….. Nak ambik ke x yah ambik? Last2.. Keputusan batin gua mengatakan xyah ambik… cari nahas… apa lagi.. Gua berlalu dari situ dengan lagak susuk tubuh gua yang gagah.
Pernah suatu masa, gua bertembung gan Ghost Rider…. penuh aksi dan sengsasi… macam2 jenis Ghost Rider gua jumpa.. ada Ghost Rider RXZ, Ghost Rider 125 Z, Ghost Rider Honda EX5, Ghost Rider Panther, dan Ghost Rider Honda C80. Asap berkepul-kepul…. tidak lagi dicampur gan asap kat mulut… uhh…
Para Normal Activity….. akan menyusul~~~ Sekian……
2 ulasan :
yekeeee????? nak ikot!!
HAHAHHAHAHAHAHAHA~~~~ JOM.... HAHAHA.. DISANA BANYAK ANTU... BAHAYA LA....
Catat Ulasan