Ke hulu ke hilir, mata melihat ciptaan Allah Yang Maha Agung, terasa gah melihatnya.
“eh, kecilnya aku, betapa aku kerdil aku, Ya Allah....” Kata hatinya.
Kaki mengorak langkah, terasa laju, namun terasa penat dan lelah jika perjalanan diteruskan tanpa henti.. “isshh... Bagaimana perjalanan aku di tengah-tengah padang mashyar nanti? minta-mintalah selamat”.
Mendengar laungan azan, Allah Yang Maha besar, Allah yang Maha Besar".
Pada saat memikirkan kejadian diciptakan diri sebagai hamba Nya, Seketika disapa suara misteri dari arah belakang, kami bertentang mata, dan kata-kata keramat daripadanya.
Katanya: Sudah menjadi lumrah manusia di dunia ini tidak boleh terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan. Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya : “Demi Allah, jika kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampunkan dosa mereka”.
Rupanya-rupanya, sahabat di waktu sekolah, hampir tidak mengenali beliau. Kini,telah tamat pengajian di universiti Al-Azhar, Mesir. Sudah bergelar diri sebagai ustaz.
...............................................................................................
.................................................................................................
.................................................................................................
-Dosa sebenarnya bukanlah suatu perkara pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah.Oleh yang demikian, beristighfar amatlah dituntut dalam Islam kerana ia boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan. Tetapi, kita amat sukar sekali mengamalkan istighfar ini padahal ia sungguh ringkas dan mudah sehingga akhirnya bertambah lah dosa dilakukan lantaran kelalaian dan tabiat suka bertangguh. Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon keampunan daripada Allah, tetapi ia sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang-
2 ulasan :
Dalam satu Hadis Qudsi Dari Abu Said al-Khudri r.a, katanya "Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Iblis berkata kepada Tuhannya: Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka; Allah menjawab: "Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku,Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku".
Hebatnya Istighfar...semoga kita sentiasa beristighfar kepada Allah dan sentiasa berada dibwah lembayung rahmat Allah...amin..astaghfirullah....
setuju Mat... eh.. prof. Dr. Mat Hazazi....... yeah~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Catat Ulasan