Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 4 Februari 2011

PeNaKlUk Andalusia


Pada 3/1/2011, gua kuar mencari buku kat kedai buku MPH. Kaki naik lengguh... Asal destinasi nak pegi tengok singa, tapi singa xde... Jadi... Kedai buku menjadi tumpuan gua.. Tanpa berlengah2... Gua terpandang sebuah buku.... dilukis gambar hadapan wajah buku dengan seorang tokoh panglima yang memegang panah keramat.Rupanya-rupanya Tajuk buku tu ialah“Tariq-Penakluk Andalusia / Sepanyol”. Patut la....  Dibelek buku tu satu persatu, awal cerita dah menarik minat gua.. Tambahan kat tangan gua tu buku edisi jimat, tanpa banyak cakap, gua beli tapi dibayar oleh Aiman. Terima kasih... Terima kasih.....

Sinopsis:
Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba. Disebabkan memiliki sifat-sifat yang terpuji,dia dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 tentera Islam ke Sepanyol. Tariq menganggap kedatangan mereka ke Sepanyol hanya untuk syahid ataupun mengalahkan musuh. Dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang.

 “Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid”, Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad di kalangan tentera Islam.

Kata-kata Thariq itu bagaikan mencabut cambuk yang meledakkan semangat tentera Muslimin yang dipimpinnya.Bala tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara Gothik yang berkekuatan 100,000 tentara. Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah maupun persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan muslim setelah mendengarkan pidato dari Thariq yang menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid Allah.

p/s: Jadi..... tak menyesal beli buku yang boleh diketagorikan sebagai bacaan ilmiah.... wassalam....

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...