Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 11 Februari 2011

AtUk 89 TibAi cUcU


Ape cite ni???? ape kes ni??? apa ni … pak cik… eh, atuk… buat sedemikian rupa… cucu sendiri leh di tibai… atuk umur 89 tahun, cucu yang ditibai (rogol) umur 3 tahun, mmg rasa nak ludah je muka pak cik…. bertaubat ya pakcik, cuba la beza yang mane baik yang mane buruk, salah dan benar… Utusan Malaysia memaparkan kisah ketelanjuran atuk umur 89 yang merogol cucunya dikandang lembu.. kisah dan kejadian ni x masuk dek akal…. jadikan pengajaran dan ikhtibar….

Seorang warga emas berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap cucunya berusia 10 tahun enam bulan di sebuah kandang lembu, pada Ogos tahun lalu. Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Zainal L. Saleh.

Dia didakwa merogol cucunya di sebuah kandang lembu di rumah tanpa nombor di sebuah kampung dekat Pasir Puteh di sini kira-kira pukul 9 malam, 25 Ogos tahun lalu.Tertuduh yang ditangkap pada 15 September 2010 didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan sehingga 10 kali.

Terdahulu, kemunculan warga emas itu yang memakai kain pelikat, kemeja T dan berkopiah putih dengan tangan bergari sambil dikawal dua anggota polis di pekarangan mahkamah telah mencuri tumpuan orang ramai. Pada prosiding tersebut pula, apabila ditanya oleh hakim mengenai hubungan tertuduh dengan mangsa, warga emas itu mengakui kanak-kanak itu adalah cucunya yang bersekolah dalam tahun tiga semasa kejadian.

Zainal turut menasihatkan tertuduh melantik peguam bela mewakilinya tetapi tertuduh menyatakan bahawa khidmat peguam memerlukan bayaran. ''Susah bicara kalau tidak tahu undang-undang, kes ini berat, bukan macam curi getah sekerap (scrap). Kalau minta dibicarakan kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan bukan tiga tahun tetapi boleh sampai dihukum penjara sehingga 30 tahun,'' ujar Zainal.

Tertuduh sebaliknya menjawab, dia lebih rela dipenjarakan daripada pulang semula ke rumah. ''Biarlah duduk (penjara) 30 tahun atau 40 tahun pun daripada balik ke rumah, mereka (ahli keluarga) marah pada saya dan berbalah macam-macam sebab saya selalu nasihatkan jangan berjudi, jangan bawa perempuan. ''Hari ini pun tidak ada waris yang datang, anak-anak (tujuh orang) pun duduk jauh dan baru hari ini tahu berita ini,'' katanya.

Hakim tersenyum kemudian menetapkan 9 Mac ini sebutan semula kes itu. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari.

Sumber: Utusan Malaysia/11.2.2011 /Jumaat

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...