Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah? Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?
....................................................................................................
Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi.
.............................................................................................................
Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi? Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah wahai hati.
............................................................................................
Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita? Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja? Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah? Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita?
2 ulasan :
bencana=menghapus dosa=kasih sayang Allah kepada kita =)
itulah kifarah..... mane2 hamba yang dia sygi.... pasti diuji~~~~
Catat Ulasan