Solat? Anda pasti tahu ini adalah tiang agama. Tapi, berapa ramai anak muda/ bapak orang/mak orang yang tahu akan kepentingannya. Ustaz kat surau dan masjid dah berbuih mulut menjelaskan akan kepentingan solat. Bukan saje kat masjid atau surau, kat sekolah, artikel kat tiang lampu, artikel kat bus stop, dan bermacam cara dilakukan. Tapi ramai lagi yang meninggalkannya. Senang-senang je tinggal. Kalu bab sedekah, dia yang lebih-lebih. Tapi solat x pon. Mulut kencang, mentang2 ada keta besar, duit banyak, pangkat tinggi, otak bijak, tapi x solat. Tetap bodoh. Maaf la kasar.
Bukan yang kaya dan bijak je x solat, ada juga yang papa kedana yang x solat-solat. Merangkumi yang dah tua bangka. Dah la miskin dunia, akhirat pun xde pe.. memang x reti bahasa sungguh. Ajak solat,bagi alasan. Kain xde la, baju x basuh la, seluar x basuh la. Dah termasuk pemalas plak. Issh... miskin dunia +pemalas+miskin akhirat. Memang rentung....
Hayatilah hadis dibawah, minta-minta sahabat diluar sana mengerti akan pengertian kandungan hadis tersebut. Pesanan ini bukan pada anda sahaja, tetapi pada diri sendiri. Sebab diri ini pon banyak kelemahannya.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Kesimpulannya, selagi roh masih melekat pada jasad, sama-sama kita hitung dan hisap sendiri amalan kita. Wassalam... jam 12.00 mlm..
Tiada ulasan :
Catat Ulasan