Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 16 November 2010

Siluman Nusantara 1

Salam sahabat-sahabat. Hari ni nak bongkar jenis-jenis hantu yang dipercayai ada diwilayah nusantara. Pelbagai nama yang dipanggil oleh masyarakat nusantara. Anda jangan terlalu taksub dengan perkataan hantu ni, itu hanya gelaran samata-mata tetapi hakikatnya hantu juga makhluk Allah yang dikenali sebagai jin ataupun syaitan. Jin diciptakan dari api manakala manusia dicipta daripada segumpal tanah. Memang ada bezanya. Jangan dok pening-pening lalat. Golongan jin boleh bertukar bentuk dan rupa yang pelbagai dengan izin Allah melainkan rupa dan wajah Rasulullah diri mereka tidak dapat menyerupainya. Dikalangan masyarakat nusantara mempunyai nama dan jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :-
.......................................................................................................
Toyol: Hantu kanak-kanak yang berbogel. Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu dan Nusantara, mereka adalah dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. selain itu, pemeliharaan toyol juga banyak dari kalangan ahli perniagaan bertujuan melariskan perniagaan kedai mereka.

..............................................................................
Pontianak: Wanita berpakaian serba putih membalas dendam. Ianya dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia. seperti filem “Pontianak Sudal Memalam Buta”. hahaha
...........................................................................

Pelesit: Hantu yang dipelihara oleh wanita yang inginkan kasih sayang suami dan ingin menundukkan suami agar mendengar perintahnya. Selain itu, pelesit digunakan sebagai pendinding diri untuk mengelakkan diri dari ditimpa malapetaka. Memang syirik. Nampak jelas da…. Tak nafikan, aku pernah kenal orang yang memelihara pelesit, Kematiannya amat menyedihkan. tiada yang nak mandikan jenazahnya. mayatnya diletakkan beralaskan bantal. dibawah bantalnya diselitkan parang atau senjata. macam-macam la kepercayaan masyarakat Nusantara ni.. Seterusnya, cara penjagaannya ialah dengan menjamu telur ayam. Tempat menjamu biasanya dilakukan dikawasan pokok, terutamanya pokok pisang. Pemeliharaan jenis jin yang dikenali sebagai hantu pelesit dikenali sebagai Saka.

..................................................................
Langsuir: Berjantina perempuan. Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan nusantara. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu. Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka. ini kepercayaan je…
...........................................................

Hantu air : Tempat tinggal mereka dalam dalam air. Biasanya mereka suka duduk dikawasan gigi air. Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya. Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya. Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak. Selain itu, ada setengah negeri atau kawasan, satu upacara dialkukan yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai. Hal ini bagi menyingkirkan ancaman buruk dari makhluk tersebut. macam-macam la kepercayaan karut masyarakat kita ni……
....................................................

Kesimpulannya, anda jangan taksud sangat dengan istillah dan jenis hantu. Makhluk ini adalah jin atau syaitan. Masyarakat nusantara je yang suka-suka cipta istillah tersebut. Karya 1.00 tengahari. Bersambung …… Misteri Para Normal vs Sukma Bintara…..

2 ulasan :

KasutKaripap berkata...

taksud...pembetulan ye...taksub! haha~

AKU berkata...

hahahahahahahahahahahah............. ya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...