Geng Warung Pak Jabit

Sabtu, 6 November 2010

Salju Cinta 3


Pestas kehidupan merupakan satu lakonan, ada yang perwatakan baik, perwatakan jahat, perwatakan separuh baik, perwatakan separuh jahat. Dan ini meliputi sikap dan sifat sebagai seorang manusia. Seorang gadis duduk bersendirian ketika babak cerita telah dimainkan. Filem dan tayangan adalah minatnya. Kelopak matanya dipenuhi air yang bisa gugur pada bila-bila masa. Jatuh mutiara tanpa disangka. Inilah Balqis.

Akalnya mula merenung, mentafsirkan suatu keadaan dalam diri sendiri. Bermain dengan persolan diri. Di ibaratkan pertemuan dua mata jasad dan roh ataupun akal dan hati yang sering bergolak. Saling bertentangan. Berdebat menghuraikan maksud yang ingin dipersoalkan. Kata hatinya “Apakah ini khayalan atau harapan? “ Apakah perbezaan harapan dan khayalan?”, Balqis yang mempersoalkan pada dirinya sendiri. Mencari makna yang tersirat.

Balqis: Ramai orang yang tidak boleh membezakan antara harapan dan khayalan, juga antara kedua hal ini dengan tujuan dan cita-cita.orang terkadang bingung untuk membezakan mana khayalan dan mana renungan. Apakah saya berkhayal atau sedang merenung?

Akal Balqis: jika seorang gadis tinggal di wilayah terpencil, jauh dari keriuhan Bandar, belum merantau ke mana-mana kecuali di sawah dan hutan, lalu dia berkeinginan bertemu dengan lelaki soleh yang berada dihadapan Kaabah, ini namanya gadis tersebut sedang berkhayal.

Hati Balqis: jika gadis ini berkeinginan bertemu dan bersua dengan lelaki baik disekitar kawasannya, maka bererti, ini ialah harapan.

Balqis: Berkhayal bererti menginginkan sesuatu yang jauh dari luar kapasitinya sendiri, sedangkan harapan bererti menginginkan sesuatu yang masih dalam lingkungan kapasitinya. Oh...... akal dan hatiku mendapat jawapannya. Terima Allah... Kau memberikanku satu ilmu yang berpusatkan pada akal yang bijaksana,hati yang tenteram.

Bersambung siri 4......

Karya ditulis, berpusatkan pada hati.... tenang... time: 10.00 pm. Renungkan karya bingkisanku ini duhai sahabat tercinta. Sukma bintara.

5 ulasan :

Nor Hazlina berkata...

mdnor, ore suda take action.. kuatkan diri yeah!! haha~ thx 4 everything..

Kasut Karipap berkata...

Pestas ?? Pentas la....haha..

Sukma Bintara berkata...

cih haz: hahahaha... kuat....kuat~~~~ hehe

cik kasut karipap: ye la pentas.... ape yg salah... haha... salah eja ker???

Kasut Karipap berkata...

kasut karipap cik ker? mna kamu tau jantina kasut? hahahhahaha.....
yela...slh eja..kamu ni suka benar eja slh..ish3

Sukma Bintara berkata...

hahahahahah... baik en.karipap.... ahhaahah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...