Waktu kerja telah sudah sampai kepenghujungnya, dua sahabat keluar bersama-sama di sebuah restoran untuk minum bagi mengisi perut masing-masing. Di restoran, kelihatan ramai dari pekerja kilang yang singgah untuk menjamu selera, dikatakan restoran tersebut menyediakan masakan meggi goreng yang sedap. Sejurus selepas itu, perbualan dan bicara dua sahabat mula dikongsi dan sambil melihat keadaan raut wajah masing-masing. Bicara dimulakan dengan Aiman.
Aiman: Tidak ada seorang pun manusia yang tidak pernah mengalami dilema, iaitu suatu keadaan di antara dua pilihan yang sama-sama susah. Dari seorang manusia suci seperti Baginda Rasulullah s.a.w hingga seorang penjahat kejam sekalipun pernah mengalami dilema. Dalam pelbagai riyawat, dapat kita kita baca, misalnya Rasulullah pernah digelesahkan oleh sikap isteri Baginda. Dalam buku Women in the Eyes and Heart of Rasulullah, penulisan Dr. Ali Syariati: “tingkah laku para isteri Rasulullah s.a.w merupakan salah satu kesulitan yang paling menekan dalam kehidupan Baginda. Dan, hal yang demikian adalah wajar mengingatkan lebarnya jurang yang memisahkan mereka secara spiritual dan ideologi dengan Rasullullah s.a.w. Lagi pula, perempuan pada waktu itu dianggap tidak lebih dari hamba yang tidak berdaya, dan yang demikian tidak terbiasa dengan kemerdekaan dan kehormatan yang hanya mereka nikmati ketika berada di samping Rasulullah s.a.w.”
Aiman: “Sekali lagi inginku tegaskan bahawa, manusia sempurna seperti Rasulullah pun pernah mengalami keadaan penuh dilema, dan dilema itu adalah berkaitan dengan kehidupan rumah tangga Baginda. Dan penjahat “kelas atasan” seperti Hitler, Mussolini pun mengalaminya. Bahkan, seorang penulis dan motivator terkenal seperti Napoleon Hill dan Dale Carnegie pun mengalaminya. Apalagi kita... kita hanya manusia manusia biasa!!”.
Balqis: Aiman, apakah kesan buruk kepada diriku yang sering kali berhadapan dengan dilemma?
Aiman: Berikan kesempatan ku terangkan kepada awak, kesan keadaan dilema selalu menyebabkan kita munculnya berbagai perasaan, yang negatif. Kebingungan, keraguan, keresahan, ketakutan, kecemasan, kekecewaan dan kelemahan kewujudannya. Dapat saya katakan bahawa keadaan dilema itu sesungguhnya merupakan keadaan “ di dalam diri” sendiri, baik berkaitan sebab, proses, mahupun akibatnya. Bagi manusia yang beragama, keadaan dilema ini mewujudkan pertentangan dalam empat perkara pertama pertentangan dengan alam, kedua pertertangan dengan orang lain, ketiga pertentangan dengan diri sendiri dan terakhir ialah pertentangan dengan Tuhan.
Balqis: Aiman, apakah saya mampu hadapinya keadaan dilema seperti ini?
Aiman: Mampu atau tidak awak mengatasi keadaan dilema yang awak rasai dan hadapi itu, bergantung kepada seberapa kuat awak mampu mengalahkan kekuatan destruktif jiwa awak, dan memenangkan pertemputran tersebut. Dengan kata lain, musuh sejati kita sesungguhnya adalah diri kita sendiri, iaitu yang berupa keinginan, kecenderungan untuk menuruti kehendak liar hawa nafsu. Apabila kita menang terhadap diri kita sendiri, maka apa jua situasi dan keadaan yang buruk telah, sedang dan akan awak hadapi, maka hal itu tidak menjerat kita pada keadaan yang menyakitkan, menyeksakkan, membigungkan dan seumpamanya.
Azan maghrib telah berkumandang, dua sahabat menghabiskan bicaranya dengan keadaan penuh persoalan yang ingikan jawapan. Mereka balik ke kediaman masing-masing sambil mengukirkan senyuman.
Bersambung siri 3.
Karya digocoh pada pukul 4.00 pagi. Keadaan yang sunyi diwaktu malam dingin. Terima kasih.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan