Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
=======================================
Tuhan menganugerahkan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat, mulut beserta lidah bagi melunakkan bicara. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karana sekeping hati dipergunakan untuk mencari dan merasai.... Disertakan Akal yang tinggi untuk berfikir. Itu namanya pengembara minda dalam mencari jawapan cinta. ~ Sukma Bintara
Tiada ulasan :
Catat Ulasan