Bomoh dan alat perubatan
Bomoh, seorang yang dikatakan pandai dan pakar mengubat sesuatu penyakit yang dialamai oleh manusia seperti mengubati orang terkena santau, terkena sihir, gangguan jin, penyakit kulit, penyakit gila, sawan, dan seumpamanya. Bomoh dalam masyarakat Melayu di kenali dengan pelbagai nama seperti dukun, tabib, bidan dan pawang.
Bomoh terdiri daripada pelbagai kalangan lapisan masyarakat, tidak kira tua muda, miskin kaya, bangsa dan agama. Tetapi disini aku ingin menyatakan bomoh yang terdiri dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
Bomoh terdiri dari dua ciri iaitu yang berada di landasan yang benar dan salah. Terdapatnya bomoh yang mengamalkan sepenuhnya ajaran agama Islam dan ada pula yang mengamalkan ilmu hitam dan khurafat. Walaupun begitu, terdapat segelintir bomoh yang mengamalkan perubatan berteraskan jalan ajaran Islam, namun masih ramai lagi yang tergelincir dari dasar agama yang hakiki walaupun pada pandangan kasarnya mereka dilihat solat, puasa, besedekah, tetapi soal tauhid dan kebergantungan kepada Allah yang Esa mereka masih terpesong. Tanpa diduga, mereka juga telah termakan dengan hasutan dan syarat yang diberikan golongan jin.
Disini, aku ingin berkongsi dengan anda semua, bagaimana pengalaman Haikal berhadapan dengan segelintir bomoh yang mengamalkan kaedah perubatan yang salah.
=========================
Pengalaman 1:
Haikal pernah berjumpa seorang Bomoh, sudah berusia, jangkaan berumur 70 tahun beragama Islam. Beliau mengenakan syarat untuk pulihkan penyakit iaitu mewajibkan kain kuning dibawa tidur selama 3 hari berturut-turut. Sewaktu rawatan, beliau memakai pakaian khas yang dikatakan untuk menyambut kedatangan para wali.
Pengalaman 2:
Bomoh ini mengenakan pengeras sebanyak RM:10.25 dan diberikan empat batang paku untuk ditanam pada bahagian penjuru rumah. Beliau mengatakan bahawa menanam paku dengan tujuan menghalang gangguan jin dan makhluk halus.
Pengalaman 3:
Haikal begitu teruja menuntut ilmu persilatan, tetapi guru silatnya mensyaratkan supaya tidur dengan sehelai kain putih yang diberikan selama 3 hari berturut-turut. Dengan alasan, untuk membersihkan jiwa dan menguatkan semangat.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan