Hari sabtu merupakan hari untuk rileks bagi seorang pekerja kerajaan mahupun swasta. Setiap saat, aku memikirkan benda apakah yang boleh mengisi masa lapangku. Jarum jam asyik berputar, “tik..tik tik.. tik..” menunggu masa untuk berdering. “kring………”, tepat pukul 11 pagi. Dengan seberapa pantas diriku mencapai tuala untuk mandi………..
……….tiba-tiba handphone ku berdering, terus ku angkat “salam,hello, ada ape Jamilah, pagi-pagi dah call?”. Sahut Jamilah “wei…jom kuar tgk cite..”. Dengan mulut yang tidak diberus Amir menjawab “ cite pe? Duit xde ni…”. Balas Jamilah “cite Dua Alam, orang kata cite tu memaparkan soal kematian dan dosa. Jom…jom…. Kan ilmu tu”. “ya…ya….jom la….macam-macam la…”, sahut Amir.
Tangan dihayun, duit dikeluarkan dari poket, RM 10 dihulurkan kat kuanter. Pengharapan agar filem yang ingin ditonton ini dapat memberikan kepuasan di jiwanya. Kepuasan yang dimaksudkan ini ialah mendapat ilmu melalui mesej yang ingin disampaikan menerusi tayangan bukan hiburan semata-mata.
Filem mula dimainkan. Awal penceritaan memaparkan kisah kematian seorang hamba Allah yang selama ini menderhakai suruhan Allah dan patuh mengamal laranganNya. Mayat dimandikan,dikafankan, disembahyangkan dan disemadikan. Segala yang diperlihatkan adalah realiti dalam soal pengurusan jenazah tetapi menjadi misteri & aneh pabila mayat disemnadikan. Mayat yang selama ini hidup tidak mengenal erti hamba kepada penciptaNya. Inilah pengajaran dan teladan. Ilmu atau hiburan? Realiti atau fantasi….?
“Ooooohhh…. Orang x suke pada pengarah filem……. Tapi filem ni bagus untuk memulihkan akal bagi berfikir akan soal keterikatan hubungan dengan Allah SWT. Ketinggian akal mula dicerna setelah persoalan demi persoalan terjawab. Kehidupan yang berbentuk kesenangan dunia hanyalah semata-mata penipuan yang melalaikan”, cetus hati Amir.
Filem……….. antara hiburan dan ilmu?
Jika anda diberikan pilihan, anda lebih suka kepada cerita yg memaparkan hiburan semata-mata ataupun yg mengandungi ilmu? Pasti jawapannya hiburan bukan? Jika sebut sahaja ilmu, pasti org akan berfikir bhwa cerita tersebut berat dan bosan atau kata saja tak best! Senang cerita….
Banyak filem2 di Negara kita yang berkisarkan kehidupan. Tidak kira lah cinta cintun, hantu mantu mahupun mslh2 soo-sial…tapi apakah tujuan sebenar kita menonton filem tersebut. Ingin berhibur? Lepas tensen di hujung minggu? Sebab pelakon hensem dan chantek? Sebab penerbit filem asyik umumkan filemnya di semua media massa smpi kita bosan? Sbb ia mempunyai pengisian yg berguna? Pasti jawapan pilihan hati anda adalah yg ade unsur2 hiburan. Kalau ada yg mahu menonton kerana ilmu pasti ada 2 dalam sejuta.
Kita ambil filem yg paling mudah. Filem seram. Semua org menilai filem seram yg terbaik adalah filem yg benar2 mampu menghantui mereka selepas menonton cerita tersebut. Hantu jamban,hantu hospital, hantu congkak,dan mcm2 lagi..kalau selepas menonton cerita itu kita takut bererti cerita tersebut best kerana Berjaya meresap ke dlm jiwa kita. Dalam panggung wayang pon jerit2. Tapi, pernah kah anda terfikir filem2 seram masa kini yg ditayangkan seperti sudah lari dari hukum alam yg telah ditetapkan oleh Pencipta kita.
Sekian~~~~~~~
Tiada ulasan :
Catat Ulasan