Geng Warung Pak Jabit

Sabtu, 6 November 2010

Dilema Tiang Seri

Kamu tahu apa itu tiang seri? Tiang seri kamu tahu tak? Inilah satu ilmu yang ingin dikongsi dengan sahabat diluar sana. Banyak perkataan tiang seri dituturkan di kalangan masyarakat nusantara, ada yang dikatakan tiang seri sebagai pendinding, penjaga keselamatan keturunan dan keluarga.

Tiang seri merupakan tiang yang ditegakkan berdiri kukuh di tengah-tengah ruang tamu rumah, khususnya rumah papan zaman ketika dahulu. Tiang ini dipuja, dibacakan mantera dihadapannya, diseru nama yang dikatakan mempunyai keramat.

Hal ini dipercayai, tiang seri mempunyai kuasa magis sekaligus memberikan kesan baik terhadap keturunan pengamal. Pernah satu ketika, aku berada di sebuah rumah yang mempunyai Tiang Seri. Tepat pada pukul 12.30 malam, mataku mula layu, fkiranku berada dibawah separa sedar, terlena seketika, kenikmatan mulai dirasai.

Tidur dengan lena, pada saat sebegini, badan mulai lemah, ternyata keletihan membatasi segalanya. Hati dan akal mulai berfungsi, seakan-akan roh mulai bangkit menerusi jasad, mengembara di alamnya sendiri. Subhanallah, Maha Suci Allah... dalam separa sedar, ku melihat satu jasad dihadapanku berdiri, ditengah-tengah Tiang Seri, anggotanya lengkap sepertimana diri manusia, tetapi wajahnya tidak sesempurna manusia.

Kesimpulannya, fikirkanlah kesannya~~~~... jangan termasuk dikalangan orang yang syirik.. kerana adab, hilangnya prinsip Ad-Din. Sekian. Time 11.30. bersamanya~~~~

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...