Geng Warung Pak Jabit

Ahad, 7 November 2010

Mek Mah vs Joyah

Joyah dan Mek Mah duduk bersila, sambil meneruskan aktiviti sambilannya, pekerjaan ini serba sedikit meningkatkan saham dosanya, dah memang cam pelaburan ASB, main saham la.. pot…pet…pot..pet…. bermula dengan joyah mulut lembek:

Joyah: tengok budak tu…. sekarang dah pakai jubah… dah berubah ke?

Mek Mah: Alah… kejab je tu.. nak tunjuk cantik ….

Joyah: Sebab ape Ia pakai ya?

Mek Mah: x faham2 ko ni Joyah oii.. sebab nak tunjuk lawa, nak orang bagi puji…

Joyah: ye ke? tapi aku rasa yang buka aurat lagi nak menunjukkan kecantikan, kejelitaan, malah boleh menggoda lagi.. ni dah hijab kot (tertutup), nak tunjuk apenya… xde maknanye nak tunjuk jelita la Mek Mah oii.

Mek Mah: Tapi kita ni, cam ne? adakah nak tunjuk lawa gak kot? adeh, penasaran gua….

Joyah: Asyik penasaran je ko ni. Jalannya, kita kena berubah.

Mek Mah: Tapi aku malu nak tunjuk, kita ni dah pakai tudung… aku kan Diva daerah.

Joyah: Alah ko ni.. ko Diva ke, Ratu ke, tetap kentut ko busuk, bau telor dinasor kot. hahaha…

Mek Mah: Kata aku… cesss… ko pon sama la.. ketiak x cukur… dah macam benang aku tengok.. haha

Joyah: nak gaduh ke?

Mek Mah: Sape mula dulu… hah!!

10 minit kemudian, datang Balqis dihadapan Joyah dan Mek Mah, dengan mengukirkan senyuman pada mereka.

Balqis: Assalamualaikum sahabatku, saya dengar apa yang kamu bicara tadi. Mungkin kamu hairan mengapa saya berpakaian sebegini. perubahan ini, bukan secara terpaksa, tetapi menjadi kewajiban dalam agama Islam. pasti Mek Mah dan Joyah beragama Islam juga kan? jadi fikir-fikirkanlah.

Balqis: Menjadi wanita baik, tidak semestinya pakai jubah, terpulang pada individu masing-masing. Pakai apapun tidak mengapa. Tapi syaratnya jangan ketat, jangan halus kain atau pakaiannya sehingga memperlihatkan biasan tubuh badan. Senangkan.

Balqis: "Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat". (Surah Al.A'araaf : 26)

Mek Mah: ullpss….. I SEE…..THANK YOU….

Joyah: guluppss…. emmm.. T.kasih.. huhuhuhuhuhuhu…MISS YOU

Balqis: ya…. jaga mulut ya.. jangan dok bergosip je… sekali gua tampor, bersembor gigi hang!!! hahahaha

Karya digocoh pada jam 12:00. Lapar nasi.. Sekian~~~

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...