Geng Warung Pak Jabit

Ahad, 7 November 2010

HADIS BERKAITAN WANITA


"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia ke syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Riwayat Ahmad)

"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" ( Riwayat At-Tirmizi)

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" ( Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w. bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Riwayat Muttafaqun Alaih)

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...