Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 19 November 2010

Protes "Durja Ningsun"



Assalamualaikum sahabat pembaca diluar sana.. Anda mungkin peminat kisah-kisah seram kan? Termasuklah novel, filem, drama dan seumpamanya. Apapun, jika anda minat sekalipun, jangan dilupakan akan dasar akidah kita sebagai seorang muslim yang berpegang kepada Tauhid kepada Allah SWT. Jika tergugurnya tauhid, maka tergugurlah Islam sebagai agama anutan anda. Renung-renungkan.....

Disini, aku sebagai seorang penulis ingin mengkritik sebuah drama yang dilebalkan hangat sebagai sebuah cerita seram yang menakutkan. Drama “Durja Ningsun”. Pengarahnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Filem ini memaparkan kisah roh wanita yang mati terseksa lalu ingin membalas dendam. Namanya Ningsun.

Cerita ini bukan mengisahkan tentang gangguan jin,saka atau syaitan tetapi pemaparan kisah roh yang dilebalkan sebagai makhluk halus yang mahu membalas dendam. Ini dah terpesong dari akidah tauhid. Roh yang dikatakan tidak tenteram lalu berkeinginan membalas dendam... hah, logik akal ke? Kalau camtu tiadalah seksaan kubur?. Jika mayat diseksa, itu dikira tidak tenteram juga... senang lah roh balik kerumah kat dunia ni...... dapat lari dari seksa kubur... kalu cm tu senang la hidup..... kesiannya kat pengarah yang mengarah cite ni......

Eh, nak Tanya sahabat-sahabat!..... Roh ni boleh hidup kat dunia lagi ke? Kan roh ini urusan Allah. Setelah mati, roh akan berhadapan dengan Allah...mustahil roh boleh membalas dendam terhadap manusia yang hidup dan bernafas kat dunia ni... Anda tak percaya ke? Tgk sepertimana bukti:“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". (Al-Isra :85)

Pengarah cerita ni x fikir ke tentang akidah? Atau pengarah ni tahu mengarah je.... nak jadi pengarah, belajar la dulu hal dan soal Islam. Perluaskan pengetahuan tentang Islam. Bukan ikut sedap buat cite je...mencari populariti semata-mata tapi kualiti dalam membangunkan kewarasan akal dan ketinggian akal langsung tiada.

Memaparkan benda yang salah kepada yang jahil, bertambah jahil la orang yang dah jahil. Aku bukannya bagus sangat, tapi dah aku tahu ckit-ckit, aku kena bgitau... ini kewajiban aku sebagai seorang muslim. Kasihanilah manusia yang disaat ini mencari kebenaran dalam sebuah pengembaraan.... dan pupuklah hati manusia yang baru mengenal pengertian hidup.......

“Manusia Ialah Sebagai Pengembara....Yang Mencari Jawapan Dan Kesimpulan” (Sukma Bintara)

Karya protes pada jam 11:00 malam.... wassalam.....

1 ulasan :

AKU berkata...

Mmg betul tu ruang masa.... gua stuju.... kamu lihat... btapa ramai orang cerdik pandai yang dikaburi hal sbegini? byk sgt......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...