Sebaik sahaja basikal disandarkan ditepi tiang, Amirul meluru masuk kedalam rumahnya. Diletaknya buku latihan bahasa melayu di atas rak buku. Serentak dengan itu, neneknya bertanya “ Mirul, kamu dah makan?”. Jawab Amirul “ sudah makan nek, tapi masih ingin makan masakan nenek”. Neneknya bangun dari kerusi dan menghidangkan masakannya buat cucunya.
Mengapa Amirul ni, nenek lihat ada masalah” tanya neneknya. “tak de masalah nenek, penat dari sekolah je nenek” ,jawab Amirul. “Lepas dari makan, jangan lupa mandi, solat, pastu belajar mengaji Quran ya”. kata neneknya. “Baik nenek, saya mandi lepas makan”. sahut Amirul.
Selesai dari menjamah makan, Amirul meluru ke bilik mandi. Sejurus selepas itu, dia menunaikan solat zohor. Dalam doanya, pelbagai permintaan dipanjat kepada Allah Yang Maha Esa. “ Ya Allah, Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu-bapa kami, dosa keluarga kami, dosa kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah ampunilah dosa besar mahupun dosa kecil yang telah kami lakukan secara sedar ataupun secara tidak sedar. Kami amat lemah Ya Allah tanpa pertolongan dariMu”, inilah bingkisan doa Amirul.
Amirul mencapai kitab Al-Quran, lalu berdepan dengan guru Qurannya. Neneknya adalah guru terbaiknya. Permulaan muqadimmah sebelum membaca surah lain dalam kitab Al-Quran ialah surah Al-Fatihah. Belum sempat menghabiskan surah Al-Fatihah, neneknya menegur Amirul akan kesalahan bacaan, Kata nenek “ Amirul, bacaan Fatihah kamu tu mengandungi kesalahan, tak boleh la macam ni, kan Fatihah adalah rukun wajib dalam solat. Salah baca Fatihah dalam solat, bermakna solat tidak sempurna. Ingat tu. Solat hal pertama dalam segala ibadat dan menjadi soalan pertama yang akan ditanya dipadang masyar. Tidak lepas hal solat pada saat tu, maka, tidak dikira kebajikan dan amalan lain”.
10 tahun berlalu…..
Amirul asyik memandang foto wajah guru Qurannya. Doanya, agar Allah menempatkannya dikalangan orang yang beriman dan soleh-solehah. Amin~~ hayatilah kisah tersirat disebalik tersurat. Sekian…..
3 ulasan :
Sangat menarik.. panjangkan lagi kisahnya, Sukma Bintara!
hehehe... siri 3 akan myusul~~~~
Tahniah......bleh djadikn cerpen...n d pnkgkn mjadi novel... :) teruskn usaha hingga mjadi novelis bjya! man jadda wajada!
Catat Ulasan