Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 30 November 2010

Seronok Bekerja


Pagi ni aku menghadiri satu kursus yang dikenali sebagai “Kursus Seronok Bekerja”. Kursus ini melibatkan staf Pejabat Naib Canselor. Bertempat di Bilik Seminar Kolej Keenam, Universiti Putra Malaysia. Bertarikh 30 November 2010. Fasililator kursus tersebut ialah Prof. Madya Haji Wan Zulkifli Wan Yusof, MSP MALAYSIAN ASSOCITION OF PROFESSIONAL SPEAKERS (MAPS).


Kursus yang bermula tepat pada pukul 8.30 pagi. Aku berkejar-kejaran melaksanakan tugas yang dibawah tanggjawab ku sebelum menghadiri kursus tersebut. “cepat,cepat….siapkan keja permohonan data…… surat… tandatangan…… pasni nak pergi kursus..” Jelas, hati kecil sambil mata melilau melihat gelagat rakan ofis yang sama-sama busy.

Kursus berjalan dengan lancar. Group dibahagikan, nama kumpulan kami ialah “GOMO”. Inspirasi kami pada “BUDU”!!!! Kami gelak-gelak, berdebat, mencurahkan idea, mencari jawapan bersama-sama.

Akhir daripada kursus, kami mengetahui personaliti kami…. modul terakhir kursus ini… mencari personaliti diri. Aku dikatakan manusia yang berwarna kuning….. Bukan otak kuning bro….. Itu otak lucah!!!! Hahaaha…..manusia kuning yang aku maksudkan ini ialah kepada sifat, kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri.

Sifat yang dimiliki ialah seorang pendengar yang baik, suka kepada yang kemas, boleh mengawal emosi. Jika marah sekalipun, marah yang pada kadar masa yang begitu cepat, tidak melarat-larat.

Kelebihan pula ialah otak yang lebih gemar kepada bentuk keusahawanan, perancangan perniagaan malah dikatakan sesuai dengan pekerjaan usahawan. Tapi keja skrang bukan usahawan…. Tp tangjawab pada Seksyen Pelan Strategik….. Ini rezeki daripada Allah… ambil dan terima… Dia Lebih Mengetahui… Selain itu, setia kepada pasangan atau berkawan. Mempunyai bakat terpendam seperti menyanyi, berkarya (penulisan, melukis) dan suka berimaginasi. Dengar je... betul ke x.. x kisah.. ini hanya pandangan personaliti yang dirungkai oleh penceramah.

Kelemahan pula seperti tttttttttttuuuuuuuttt…… carilah sendiri. Hahahahaha…. Salah satunya jenis memendam sesuatu jika tidak puas hati…. Meletup bila masa diperlukan. Hahaha…. Apapun…. Manusia tidak lepas dari berbuat kesilapan…. Apa yang kurang… kita perbaiki…..

Untuk membantu mengenal kelebihan dan kekurangan diri dekatkan diri kita kepada Allah SWT. Dengan ibadah, Allah akan memberikan banyak hidayah kepada kita, termasuk lebih mengenal diri sendiri. Bukti dalam firmanNya: “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik”. (qs. 59 :19).

wassalam…. sekian……. 8:00 Pm

Isnin, 29 November 2010

Kisah Haikal dengan Bomoh Khurafat


Bomoh dan alat perubatan


Guru Petahanan Diri

Bomoh, seorang yang dikatakan pandai dan pakar mengubat sesuatu penyakit yang dialamai oleh manusia seperti mengubati orang terkena santau, terkena sihir, gangguan jin, penyakit kulit, penyakit gila, sawan, dan seumpamanya. Bomoh dalam masyarakat Melayu di kenali dengan pelbagai nama seperti dukun, tabib, bidan dan pawang

Bomoh terdiri daripada pelbagai kalangan lapisan masyarakat, tidak kira tua muda, miskin kaya, bangsa dan agama. Tetapi disini aku ingin menyatakan bomoh yang terdiri dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

Bomoh terdiri dari dua ciri iaitu yang berada di landasan yang benar dan salah. Terdapatnya bomoh yang mengamalkan sepenuhnya ajaran agama Islam dan ada pula yang mengamalkan ilmu hitam dan khurafat. Walaupun begitu, terdapat segelintir bomoh yang mengamalkan perubatan berteraskan jalan ajaran Islam, namun masih ramai lagi yang tergelincir dari dasar agama yang hakiki walaupun pada pandangan kasarnya mereka dilihat solat, puasa, besedekah, tetapi soal tauhid dan kebergantungan kepada Allah yang Esa mereka masih terpesong. Tanpa diduga, mereka juga telah termakan dengan hasutan dan syarat yang diberikan golongan jin.

Disini, aku ingin berkongsi dengan anda semua, bagaimana pengalaman Haikal berhadapan dengan segelintir bomoh yang mengamalkan kaedah perubatan yang salah.


=========================

Pengalaman 1:

Haikal pernah berjumpa seorang Bomoh, sudah berusia, jangkaan berumur 70 tahun beragama Islam. Beliau mengenakan syarat untuk pulihkan penyakit iaitu mewajibkan kain kuning dibawa tidur selama 3 hari berturut-turut. Sewaktu rawatan, beliau memakai pakaian khas yang dikatakan untuk menyambut kedatangan para wali. 

Pengalaman 2:

Bomoh ini mengenakan pengeras sebanyak RM:10.25 dan diberikan empat batang paku untuk ditanam pada bahagian penjuru rumah. Beliau mengatakan bahawa menanam  paku dengan tujuan menghalang gangguan jin dan makhluk halus.

Pengalaman 3:

Haikal begitu teruja menuntut ilmu persilatan, tetapi guru silatnya mensyaratkan supaya tidur dengan sehelai kain putih yang diberikan selama 3 hari berturut-turut. Dengan alasan, untuk membersihkan jiwa dan menguatkan semangat.

Penunggu Ngeri


Penunggu Ofis…. mereka penunggu Ngeri…… tadi, salah seorang penunggu ngeri terhantuk kepala kat bucu bahagian dinding meja PC…… hahaahahhaaaha.. sebab kali pertama blaja mengemas… tu pun mengemas meja….. Sakit perut gua mengenangkan…….. ni tengah sakit perut….. kalu gua, gua masuk tandas pg menyorok… haha

Tadi dia mgaku cm siti nurhaliza…. Gara-gara tumboh jerawat batu kat bawah bibir…. Gua x leh mengarang surat…. Sakit perut suke….. Hahahahahahahahaha…..

Penunggu lain pergi kursus… biasa la keja kerajaan. tapi gua pasti mereka x dgr pon cramah kursus tu…. gua da kenal mereka… Penunggu Nyum2 bz tgh pk nak makan…. Penunggu Eli bz gan SMS bersama abg syg dia…..

Sekian……. 4:14 pm

Tayangan Hot (U)


Filem Harimau Jadian ditayangkan pada 2/1/2011 berikutan filem Mak Rapik mendapat tempat pertama dalam industr perfilemen tempatan. Untuk makluman para penonton, filem Harimau Jadian ini merupakan karya asal dari pelakon terkenal Mak Rapik. Beliau la pengarahnya. Jangan lepaskan peluang menyaksikan adegan nyeri dan penuh tragis ini.

Filem Harimau Jadian memaparkan kisah seorang lelaki yang keluar malam gara-gara ingin membeli ubat nyamuk. Akibat malam yang gelap gelita, beliau terkena satu gigitan berkemungkinan gigitan dari seekor bapak rimau. Secara automatiknya beliau dimasukkkan ke dalam hospital Serdang. Susulan daripada gigitan tersebut, kaki kanannya bengkak disebabkan gigitan tersebut terkena di bahagian bisulnya.

Tepat pada pukul 1.00 pagi, Beliau makan tanpa mengenal penat dan lelah ……………. tubuhnya semakin tembam……………. buncit memboroi………………… hingga sekarang………………. penuh Misteri…………………. penuh ngeri………………… bunuh atau pukul tidak tersenarai dalam aksi filem ni… jangan risau…..

Jangan lepaskan peluang………… bawa rakan-rakan…. ajak jiran tetangga menonton filem ini…… pasti tidak menyesal……. SELAMAT MENONTON….. pembayaran tiket blakang kira….. masuk dan tengok dulu…. pastu baru bayar, jika nak bayar…… hahaha… (Gelak Ngeri)

Ahad, 28 November 2010

Rumah Kedua


Usia ku dan kalian mungkin boleh dikatakan muda….. jelita…..teruna…. tapi itu bukan tanda aras bagi mengukur panjangnya umur kita….. aku kadang-kadang jadi resah gelisah….. risau….. takut…. cemas……… mengingatkan soal mati…. Dimana kesudahannya aku? Apakah aku tergolong dalam kalangan orang yang soleh? Adakah aku layak mencium bau kebun-kebun syurga setelah diriku berada di alam Barzakh? Siapa yang sudi menemaniku?, semestinya amalku disertakan dengan keredhaan Allah….. tetapi…. saat ini, adakah baik amalku?.... yang aku tahu, amalku sentiasa berada dalam noda dan dosa…termasuk dosa kecil…. walaupun aku tahu itu salah !!!!….. Oooh… jahilnya aku…. kurangnya ilmuku… Ilmu sumber pelita yang boleh menerangi jalan-jalanku…. Moga taubat diterima…… Aku tidak mampu…..tanpa pertolonganMu Tuhan……

Rumah yang kekal Abadi…….
Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran…………………
Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu sembahyang malam (tahajud)…………………
Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparannya…………………
Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan “Bismillahirrahmanirrahim” sebagai penawarnya…………………
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah amalan bacaan La Ilaha IllaAllah..Muhammadur Rasulullah.. supaya dapat jawapan kepadanya………………………

Kain Kafan


Kematian….. tiada diminta….. namun…. pasti hadir menemui kita…….

Hai Anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat? Mengapa jadi lemah?
Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap? Mengapa diam?
Hai anak Adam, di manakah kekasih engkau? Mengapakah engkau jadi meliar?

Kain kafan kain termahal buatku… sekian….

Dua Alam


Hari sabtu merupakan hari untuk rileks bagi seorang pekerja kerajaan mahupun swasta. Setiap saat, aku memikirkan benda apakah yang boleh mengisi masa lapangku. Jarum jam asyik berputar, “tik..tik tik.. tik..” menunggu masa untuk berdering. “kring………”, tepat pukul 11 pagi. Dengan seberapa pantas diriku mencapai tuala untuk mandi………..

……….tiba-tiba handphone ku berdering, terus ku angkat “salam,hello, ada ape Jamilah, pagi-pagi dah call?”. Sahut Jamilah “wei…jom kuar tgk cite..”. Dengan mulut yang tidak diberus Amir menjawab “ cite pe? Duit xde ni…”. Balas Jamilah “cite Dua Alam, orang kata cite tu memaparkan soal kematian dan dosa. Jom…jom…. Kan ilmu tu”. “ya…ya….jom la….macam-macam la…”, sahut Amir.

Tangan dihayun, duit dikeluarkan dari poket, RM 10 dihulurkan kat kuanter. Pengharapan agar filem yang ingin ditonton ini dapat memberikan kepuasan di jiwanya. Kepuasan yang dimaksudkan ini ialah mendapat ilmu melalui mesej yang ingin disampaikan menerusi tayangan bukan hiburan semata-mata.

Filem mula dimainkan. Awal penceritaan memaparkan kisah kematian seorang hamba Allah yang selama ini menderhakai suruhan Allah dan patuh mengamal laranganNya. Mayat dimandikan,dikafankan, disembahyangkan dan disemadikan. Segala yang diperlihatkan adalah realiti dalam soal pengurusan jenazah tetapi menjadi misteri & aneh pabila mayat disemnadikan. Mayat yang selama ini hidup tidak mengenal erti hamba kepada penciptaNya. Inilah pengajaran dan teladan. Ilmu atau hiburan? Realiti atau fantasi….?

“Ooooohhh…. Orang x suke pada pengarah filem……. Tapi filem ni bagus untuk memulihkan akal bagi berfikir akan soal keterikatan hubungan dengan Allah SWT. Ketinggian akal mula dicerna setelah persoalan demi persoalan terjawab. Kehidupan yang berbentuk kesenangan dunia hanyalah semata-mata penipuan yang melalaikan”, cetus hati Amir.


Filem……….. antara hiburan dan ilmu?

Jika anda diberikan pilihan, anda lebih suka kepada cerita yg memaparkan hiburan semata-mata ataupun yg mengandungi ilmu? Pasti jawapannya hiburan bukan? Jika sebut sahaja ilmu, pasti org akan berfikir bhwa cerita tersebut berat dan bosan atau kata saja tak best! Senang cerita….

Banyak filem2 di Negara kita yang berkisarkan kehidupan. Tidak kira lah cinta cintun, hantu mantu mahupun mslh2 soo-sial…tapi apakah tujuan sebenar kita menonton filem tersebut. Ingin berhibur? Lepas tensen di hujung minggu? Sebab pelakon hensem dan chantek? Sebab penerbit filem asyik umumkan filemnya di semua media massa smpi kita bosan? Sbb ia mempunyai pengisian yg berguna? Pasti jawapan pilihan hati anda adalah yg ade unsur2 hiburan. Kalau ada yg mahu menonton kerana ilmu pasti ada 2 dalam sejuta.

Kita ambil filem yg paling mudah. Filem seram. Semua org menilai filem seram yg terbaik adalah filem yg benar2 mampu menghantui mereka selepas menonton cerita tersebut. Hantu jamban,hantu hospital, hantu congkak,dan mcm2 lagi..kalau selepas menonton cerita itu kita takut bererti cerita tersebut best kerana Berjaya meresap ke dlm jiwa kita. Dalam panggung wayang pon jerit2. Tapi, pernah kah anda terfikir filem2 seram masa kini yg ditayangkan seperti sudah lari dari hukum alam yg telah ditetapkan oleh Pencipta kita.

Sekian~~~~~~~

Jumaat, 26 November 2010

Mini CoOpEr

Keta Mini kat bawah ni, keta model lama-lama, tp kiut, comel dan bergaya. Kalau gua dapat pakai keta ni, fuuuhh… mmg best la… body cantik…. minyak jimat….. kan senang... !!! Alah.. stakat nak bgaya, keta cm ni pun bole.. x semestinya nak kena pakai Vios, Espira, Mitsu Evo, dan lelain.. janji Nampak lawa, jimat, ok la tu…



Cute…… Tembam


Comel…… Bergaya…



Sengsasi………Seksi......


Bermutu……Jimat bro...


Keunggulan……Masyhuk.....

Kualiti…………Gaya....


Mencoret sambil menunggu nak pegi solat jumaat...hehehe.. Rakan2 masih tido kat bilik ofis... aku x suke tido... suke cm ni.... hehe... 12.30 tgh "salam jumaat", wassalam......

Perkosa


Petikan METRO. Isu Hangat dipagi Jumaat. 26/11/2010.
Diperkosa perompak
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit. Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam. “Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya. Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000. “Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu. “Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.


Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Rapuh Vs Takwa - OPICK

Lagu Yang Menyentuh Kalbu Aku…. Mmg Betul-Betul Trase….. Anda Cuba Dgrkan…. Betapa Indahnya Alunan Lirik Dan Intonasi Lagu Tersebut….

Rapuh

Takwa

Lirik Opik - Taqwa
Laaillahailallah 8x
Ku bersujud pada-Mu… Dan pasrahkan diri dike-maha-anMu...
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa… Dan setiap salahku....
Kau jagalah... lindungilah,.. cintailah aku.....
Laaillahailalloh 8x
Setiap detik yang berlalu... Menghitung diriku..
Bertanya padaku... Akankah sia-sia bila akhir waktu..
Datang memanggilku..... Kau jagalah lindungilah selamatkan aku...
Allah Allah Allah

Kau jagalah lindungilah selamatkan aku.....
Allah (Laaillahailallah)....Jagalah diriku jagalah diriku..... Lindungi lindungi lindungilah aku ini....Jagalah cintai lindungi selamatkan....Ya Allah 2x
(Laaillahailallah)
Jagalah ya Allah
Laaillahailallah

Khamis, 25 November 2010

Cinta Rapik


Latar Tempat: Di sebuah perkampungan Black AreaLatar Masa: Zaman era 80-an. Watak: Ustaz Muda dan Mak Rapik
........................................................................

Kisahnya bermula gan Mak Rapik yang ketandusan iman, akhirnya memilih jalan hidup dengan mengamalkan aktiviti perubatan dan perbomohan sebagai kerjaya. Setelah usia semakin meningkat, rasa keboringan tlampau sgt. Akhirnya, target nak hidup berpasangan mulai meresap kedalam sanubarinya. Dalam perjalanan balik dari membeli karipap, Mak Rapik tersepak tunggul kayu kat tepi jalan "adus, sakitnya... Allah...Allah...". Pada masa tu, Ustaz Muda melalui jalan yang sama, katanya "eh, pandai sebut nama tuhan, nape x sebut nama jin? dah selama ni asyik seru nama jin je.."
.......................................................................................

Mak Rapik memandang ustaz muda dengan seribu tanda tanya. Disaat itu, terpaut hati Si Mak Rapik kepada Ustaz Muda. “mengapa hati ku terpaut dengannya. Sedangkan ia tidak sehaluan denganku, ahhhhhh.. bingungnya” kata hati Mak Rapik dalam keadaan kebingunggan. Mak Rapik terus memandang tanpa berkata sepatah pun. Maklumlah, lelaki dihadapannya sangat ensem. Boleh dikatakan seperti artis yang hot dimajalah-majalah hiburan.

....................................................
“kamu Mak Rapik kan? Kenapa ni? sakit ke?” Tanya ustaz muda. Eeerrrr….errrrr….skit je pun, alah setakat kena tunggul ni, apelah sgt..” Jelas Mak Rapik. Tangan Mak Rapik meraba-raba bahagian tumit kakinya yang berdarah akibat tersusuk sembilu kayu yang tajam, lalu dicabut pelahan-lahan. Tanpa disangka, Mak Rapik meraung kesakitan “ aduh.. Aduh… aduh….isk.. Isk… sakit….” Mak Rapik meraung sambil mengeluarkan ingus berserta air mata. Akibat daripada tangisan yang melampau sangat, rasa belas kasihan dan ihsan mula terbit dihati Ustaz Muda untuk membantu. “ kasihannya, cm ne ni? Xkan aku melihat je.. Orang yang dalam kesusahan ni… xkan nak lepas tangan je” kata hati kusut si Ustaz. Lima 5 minit setelah mak rapik meraung, bantuan Ustaz mula menyusul. Disapukan ubat di bahagian tumit kaki Mak Rapik dengan penuh keikhlasan.
...................................................
----------------------------
----------------------------
Eeerr…. ada no fon x Ustaz? Tanya Mak Rapik dengan nada yang spontan dan selamber. "Hah, ada..ada..”, balas Ustaz dengan jawapan malu-malu. Dengan senang hati, Ustaz manyatakan “ saya suka kat awk…”. Disaat tu, jiwa Mak Rapik tiada terkata. Ibarat halintar dan guruh nak hujan..rezeki datang bergolek. Lantas Mak Rapik menyatakan “bawalah aku kejalan yang benar… aku mau jadi ustazah rapik!!!” Tergelak si ustaz kerana nama Rapik tidak dapat dipisahkan. “Insyallah.. jika benar bagai dikata… Jom kita kawen”…… tamat….. kisah cinta Mak Rapik dengan Ustaz.

Mutiara


Daripada Abi Umamah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila menggembirakanmu oleh amal kebaikanmu dan mendukacitakanmu oleh kejahatanmu, maka itulah tandanya kamu adalah seorang mukmin yang baik dan dikasihi Allah s.w.t.” (Riwayat Ahmad)

Daripada Jabir r.a, katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia beriman (sepenuhnya) dengan qada qadar, baik buruk (daripada Allah) dan sehingga dia meyakini bahawa apa yang telah mengenainya itu, tidak akan menyalahinya, dan apa yang telah menyalahinya itu tidak akan mengenainya (menimpanya).” (Riwayat Tirmizi)

Tragedi McDonald's


Tragedi McDonald's

Perut mula terasa lapar.

“Budu… woi budu, jom ikut aku makan, teman aku, aku belanja” laungan Encik Khairi  dari biliknya, nada sedikit tegas. 

“ ya.. baik” jawab Mat Budu.

Lima minit kemudian, datang Encik Khairi ke dapur.

 “Mengapa tak ajak aku makan macdonald bersama-sama? sekurang-kurangnya ajak la aku makan. Lain la perangai korang semua ni” katanya sambil menggaru batang hidung. 

“Bukan tak nak ajak, dah kita tengok encik tiada pagi tadi, ingatkan bercuti, itu kami tak belikan”, Mat Budu. 

“Kan telefon ada, hubungi je la, bukan guna telefon bimbit, telefon pejabat kan ada”. Encik Khairi.

“lupa, maaf”, balas Mat Budu dengan wajah memandang Encik Khairi.

Ini lah kesannya, jika seseorang ketua tidak pernah menghormati orang bahawan. Penghormatan tidak perlu diminta, perhormatan datang dengan sendirnya, kalau diri pandai menghormati orang lain.

=========================
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah bayangan-Nya (di akhirat nanti), pada hari itu tidak ada sebarang teduhan selain bayangan arasy-Nya. Mereka itu ialah:

(1) pemimpin yang adil; 

(2) pemuda yang terdidik (dibesarkan) dalam ibadat kebaktian kepada Allah; 

(3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut rapat dengan masjid;

(4) Dua orang yang berkasih sayang kerana (agama) Allah, bertemu dan berpisah untuk keredaan-Nya; 

(5) lelaki yang dipujuk wanita cantik lagi hartawan (bagi memenuhi nafsunya) tetapi dia menolak dan berkata aku takutkan Allah; 

(6) orang yang berderma secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak sedar apa yang didermakan oleh tangan kanannya; 

(7) dan mereka yang sentiasa menyebut (mengingati) Allah dimasa keseorangan (kesunyian), maka berlinanganlah air matanya.”

Dari Ibn Umar ra. Ia mengatakan: saya telah mendengar Rasulullah saw. Bersabda:

“Setiap dari kalian adalah pemimpin dan kalian akan di tanya mengenai tanggungjawab kalian terhadap apa yang di pimpinnya, seorang Imam adalah pemimpin dan akan di tanya tentang kepemimpinannya dan seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia akan di tanya tentang kepemimpinannya....”.

Sembang Pagi


Hati Oh Hati… Hati Oh Hati… Hati Oh Hati…..
tetap dimiliki, tetap menguasai…
kerna ia raja segala anggota….

“(Iaitu) Orang Yang Beriman Dan Tenang Tenteram Hati Mereka Dengan Zikrullah. Ketahuilah Dengan Zikrullah Itu Tenang Dan Tenteramlah Hati Manusia”. (Surah Ar-Rad, ayat 28)

“Maka Kecelakaan Besarlah Bagi Orang Yang Keras Membatu Hatinya Daripada Menerima Peringatan Yang Diberi Oleh Allah. Mereka Yang Demikian Keadaannya Adalah Dalam Kesesatan Yang Nyata.” (Surah Al-Zumar, ayat 22)

“Iaitu Orang Yang Beriman Dan Tenteram Hati Mereka Dengan Mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan Mengingati Allah Itu Tenang Tenteramlah Hati Manusia.” (Surah Al-Ra'd, ayat 28)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Sekian…….

Rabu, 24 November 2010

Sembang Petang


Semalam, member aku si Ajoi kemukakan satu soalan “dialek ni asal mane, apakah faktor penyebaran dialek?”. Aku nak jawap, tapi aku lupa. Jawap sekadar termampu je la “emmm, dialek adalah satu percampuran bahasa. Tapi pokok dasarnya adalah bahasa Melayu. Manakala timbulnya kepelbagaian dialek adalah disebabkan faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek” jelas aku sambil berfacebook.

Disini aku nak kongsi dialek Kelantan gan korang semua…. dapat la ckit ilmu bahasa untuk korang semua. Boleh la korang nak blajar slow-slow. mane tau korang dapat pakwe atau makwe Kelantan suatu saat nanti…. jodoh sape yang tau~~~~ ataupun korang dpt fhm, rupanya orang dok mengata anda dalam ungkapan dialek…. hehehehe

Dialek Pujian:
Oh..Come-Come - Maksudnya ialah bagus2. Digunakan apabila melihat sesuatu tugasan/pekerjaan berjalan lancar.
Ooo.. Bereh2 - Maksudnya ialah bagus2. Digunakan apabila melihat sesuatu tugasan/pekerjaan berjalan lancar.
Kemah-Kemah - Maksudnya ialah baik/kemas. Digunakan apabila melihat sesuatu tugasan dilakukan amat lancar.

Dialek Cabar Mencabar:
Nok Gocoh - Maksudnya “Cabar Bertumbuk”. Digunakan kepada pasangan yang tgh naik angin atau naik minyak.
Aku Tonyoh Dahi Khe - Maksudnya “Aku Ketuk Kepala Kan”
Nak Kena Ne’puk - Maksudnya ialah “Nak Kena Penampar”

Dialek Makian:
Nate - Maksudnya ialah Binatang. Digunakan apabila tidak tahan kena perangai sesorang.
Kuba - Maksudnya ialah Kerbau. Digunakan apabila nak memaki hamun
Mato Bole - Maksudnya ialah Mata Buta. Digunakan apabila memarahi seseorang akibat kecuaian.
De’dil - Maksudnya ialah bodoh/bengong.
Ghelenya - Maksudnya ialah Gedik/Gatal.

Dialek Merungut
Raso Sumbat La - Maksudnya ialah “Rasa Tertekan La”.
Jem Coil – Maksudnya ialah “Teruk Betul” (tahap tekanan kuasa dua)
Parok nise - Maksudnya ialah “Teruk la”. Tetapi perlu ingat, dialek ini biasa diungkapkan dengan suasana ceria.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...